(13 GAMBAR)Sesi Fotografi Aaron, Maya Dan Lisa, Pelakon Utama ‘Ombak Rindu’

(13 GAMBAR)Sesi Fotografi Aaron, Maya Dan Lisa, Pelakon Utama ‘Ombak Rindu’

Hujung-hujung minggu ni kita layankan satu lagi set gambar-gambar bintang yang merupakan pelakon-pelakon utama untuk satu lagi filem yang diadaptasi dari novel ‘Ombak Rindu’ karya Fauziah Ashaari. Novel ini merupakan sebuah novel laris keluaran Alaf 21 yang diterbitkan sekitar awal 2000-an.

Advertisement

Filem ini dijangka dikeluarkan pada 1 Disember 2011 dan diarahkan juga oleh pengarah Osman Ali. Dia turut bertanggungjawab untuk lakon layar filem ini di samping Armantono. Merupakan kisah Izzah yang merupakan seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya?

Layankan lagi 12 keping gambar Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar pada Fanpage Ombak Rindu.












Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...