(12 GAMBAR)Sekitar Maternity Shoot Syatilia Melvin Oleh Camora Arts

Hiburan

(12 GAMBAR)Sekitar Maternity Shoot Syatilia Melvin Oleh Camora Arts

Wow. Memang gorgeous, fabolous dan berseri-seri sungguh Syatilia Melvin di dalam “maternity shoot” yang telah dibidik oleh Camora Arts ini. Seronok tengok kegembiraan yang terpancar di wajah Syatilia menanti kehadiran cahaya pertamanya hasil perkahwinan dengan Shaheizy Sam. Semoga segalanya berjalan lancar. Sama-sama kita doakan.

syatilia melvin mengandung

Advertisement

Konsep sesi fotografi Maternity Syatilla Melvin dengan pasangannya Syaheizy Sam ni, kami telah membuat 2 konsep berbeza iaitu konsep pertama kami ialah ” Flora Angel”. Shoot kali ini, kami mendapat perkhidmatan Su Beauty And Collection untuk menyediakan Camora Arts bunga-bunga yang banyak untuk kami jadikan deco untuk setup “Flora Angel”. Untuk setup ” Flora Angel” ini sahaja, kami memakan masa hampir 1 jam untuk menyiapkannya. Kami telah menggayakan Syatilla Melvin dengan tutu skirt yang sangat besar yang kami tempah khas untuk shoot ini. Untuk Konsep ni kami memang inginkan Syatilla kelihatan elegant, klasik dan dalam masa yang sama kami juga mahukan mood “Fairy tale” apabila mengayakan tutu tersebut.
syatilia melvinUntuk konsep yang kedua, temanya memang lain dari yang lain kami lakukan dalam shoot ibu mengandung. Untuk tema ” Milk’s Bath Doll ” ni, set shooting ini kami memerlukan Syatilla berendam didalam air. Idea ni kami dapat daripada konsep ” Water Birth” iaitu Kelahiran baby yang berlaku didalam air seperti ada beberapa artis di Malaysia yang pernah melahirkan baby dengan cara ” Water Birth” seperti Diana Danielle. Teori yang biasa para ibu dan bapa dengar dan mengetahui tentang kelahiran baby di dalam air adalah kita sememangnya telah mengetahui bayi memang sudah berada didalam perut ibunya didalam kantung air ketuban selama sembilan bulan. Untuk konsep ” Milk’s Bath Doll ” ini jugak sama senarionya iaitu kami ingin wujudkan persekitaran yang sama lebih lembut untuk bayi dan mengurangkan tekanan untuk ibu. Dengan menambah bunga-bunga segar dan air susu yang mempunyai aromaterapi dalam shoot ini, menjadikan konsep ini kelihatan sangat comel untuk para ibu yang tak sabar menanti kelahiran bayi mereka.
syatilia melvinCamora Arts ingin share kan Instargram Camora Arts yang baru iaitu @camoraarts.official dimana Instagram kami yang lama telahdi hack pertengahan tahun lepas. memang sangat-sangat menyedihkan buat kami satu team. Semoga gambar yang cantik ini dapat dikongsikan kegembiraannya bersama dengan ibu dan bapa diluar sana yang bakal menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Jangan lupa LIKE Facebook Camora Arts sebagai tanda terima kasih.

syatilia melvin mengandung

syatilia melvin mengandung

syatilia melvin mengandung

syatilia melvin mengandung

syatilia melvin mengandung

syatilia melvin mengandung

syatilia melvin mengandung

syatilia melvin mengandung

syatilia melvin mengandung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...