Written by serenity | February 10th, 2015

Mengambil gambar pra-perkahwinan kini merupakan satu amalan biasa bagi pasangan tempatan yang hendak berkahwin. Kebanyakan artis sering menampilkan pemandangan yang indah sebagai latar gambar pra-perkahwinan serta pakaian yang feminin bagi wanita, misalnya gaun.


 photo 1922073_755195874577324_241653956_n.jpg

Tapi bagi Sharifah Sakinah yang terkenal dengan personalitinya yang lain dari yang lain, pakaian yang ditampilkan sememangnya ringkas tetapi chic dan segar. Bagi Sakinah, untuk gambar perkahwinannnya tidak perlu taman, gaun dan kostum, hanya perlukan wajah yang gembira seperti yang dibayangkan melalui hashtag pada kapsyen gambarnya manakala latar belakangnya hanya studio.

Namun begitu hasilnya boleh dibanggakan dan antara gambar pra-perkahwinan artis yang terbaik setakat ini pada pendapat kami.

Untuk makluman, Sakinah dan pasangannya Aliff Adha, seorang juruterbang, telah bertunang pada 25 Oktober lepas dan akan melangsungkan pernikahan 28 Mac ini.

Perkenalan mereka bermula lebih setahun lepas apabila Sakinah menjadi jurulatih kecergasan untuk Aliff yang seterusnya membawa perhubungan mereka ke tahap yang lebih serius.

Kredit gambar Instagram Sharifah Sakinah oleh Pinography Official.

Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 10954392_1625995994295094_1612882460_n.jpg
 photo 10949077_1561349200802144_1540089309_n.jpg
 photo 10958148_1534077186872085_1047693942_n.jpg
 photo 10963841_511717388966741_287459246_n.jpg
 photo 10948774_835945876444816_589340650_n.jpg
 photo 10948683_812940952087054_2110040467_n.jpg
 photo 10520300_763028433787797_1676393415_n.jpg
 photo 924643_917419438291537_270054460_n.jpg
 photo 1690687_424989310997412_1715032617_n.jpg
 photo 10948631_338956876314749_1465517540_n.jpg

32 responses to (11 GAMBAR)Pra-Perkahwinan Sharifah Sakinah Yang Chic

  1. aril says:

    ‘gambar pra-perkahwinan menjadi perkara biasa bagi artis tempatan’

    masih belum ada ikatan nikah sudah boleh berpegang, ‘dihalalkan’ oleh nafsu syaitan

    0

    0
    • tokioo says:

      Kelayu pegang sama melayu xpe. K Pop pegang Melayu mmg tunggang terbalik Msia ni. Hahaha!

      0

      0
    • pegimamposkeyboardwarrior says:

      dah kawin blom? girlfriend ade blom? sebelum kawen langsung tak penah pegang tgn girlfriend? hidup tak payah bajet maksum ulama kalau sendiri ade buat pegi jamban makan taik sendiri puih

      0

      0
  2. kelas mengaji says:

    muke sangap due due!!

    0

    0
  3. APE DAA says:

    “Namun begitu hasilnya boleh dibanggakan dan antara gambar pra-perkahwinan artis yang terbaik setakat ini pada pendapat kami.”

    hmmmm…nara2…sudah2 la tu ampu artis…tang mane gambar ni nak dibanggakan pun aku tak tau…tang berpeluk tu ke?selamat menikmati saham akhirat ye nara…

    0

    0
    • Serenity yg punya says:

      Ni serenity yg tulis…setakat ni yg saya tahu penulis, Abg Nara, Bella dan Serenity…Olga, Kiah Propa xnak minta jadi staff BN juga ke hahaha !!!

      0

      0
  4. HAMBA ALLAH says:

    TAK ADA ISTILAH GAMBAR PRA-PERKHAWINAN PUN DALAM ISLAM NI.. CUBA TENGOK, BELUM SAH BERGELAR SUAMI ISTERI DAH BERPELUK DAN BERPEGANG TANGAN.. NARA KENA SENSITIF SIKIT DENGAN AYAT2 YANG DI GUNA PAKAI. APA YANG NAK DI BANGGA KAN DENGAN GAMBAR2 MACAM NI? NAK KONGSI SAHAM AKHIRAT JANGAN SAMPAI MENGHALALKAN SESUATU YANG HARAM YA.. PERINGATAN BUAT DIRI SENDIRI JUGA,,

    0

    0
  5. Nara kero says:

    bang nara…ap y nk d banggakan sgt ngan pic ni…cantik ke? cuba bukak mata besar2 sikit..biasa jer…aku tengok SS ni dh mcm pompuan sanggap jer…x minat la kat SS ni…x lawo..x mcm kakak2 dia..perangai pn ke laut…

    0

    0
  6. hanis zalikha muka senduk says:

    nara oii..tak nak ke haplod video pre wedding hanis zalikha dekat paris tu..bukan main erat dia peluk pinggang hairul tu..

    0

    0
  7. gilo says:

    NTAH KENAPE AKU RASA MUKE SI KINAH NI MEMANG SESUAI UTK WATAK BIMBO YG DIE SLALU ACT TU.

    0

    0
  8. Peribahasa says:

    Serenity punya nila habis sebelanga susu abg nara..

    Ps : ni serenity yg tulis bukan abg nara, tpi abg nara pun 2×5 juga kan ?

    0

    0
  9. Anonymous says:

    apa kejadahnya gambar pra perkahwinan mcm gini….

    0

    0
  10. lili says:

    Erm..wajib ke buat gmbr pre weeding mcm nie..??? sume nak ikut trend la konon..mak cik pak cik zmn dulu x heran pun benda mcm nie….dorg ni mcam terlalu bnyk duit smpai dh xtau nak buat ape lg kot dgn duit nie..

    0

    0
  11. kakikucinghitam says:

    x cantiknye! orgnya lawa tp x cantiklaa… photographer takde idea ke

    0

    0
  12. muzakkir says:

    Bertunang nak western, wedding nak western, life nak western, tang anak, nak anak soleh…….macm mane nak soleh bila cara hidup pun xislamik…….bila ditegur….”ada aku kisah” nanti da mati….”Ya Allah berikan aku peluang hidup sehari alagi, akan aku beribadat seperti aku beribadat seratus tahun…..” kala itu TAUBAT DA XGUNA…..

    0

    0
  13. zarra says:

    Asalamualaikum akak2 n abang2 semua, bagi saya kalau setakat datang ke blog abang Nara then you all just nk comment Benda2 yang merepek,tolonglah tak payah.bukan apa, it’s just nothing! INI mencerminkan masyarakat melayu kita pada masa kini yang x berwawasan.pada saya gambar tersebut ada nilai seninya tersemdiri, ada nilai estetika tersendiri, n kepada sesiapa yang comment buruk about this pra wedding pic, are u jealous?

    0

    0
    • BEDAH TONG DRAM says:

      we’re not jealous honey…tp itu kan pandangan masing2…kalau aku cakap komen ko rubbish,ko marah tak..itu pandangan kau kan..diorang nak komen ape diorang punye pasal la..kau mengglabah pehal…

      0

      0
    • APE DAA says:

      nilai estetika kau kate?ok..tu suka hati kau la kan..mata kau…tp mata aku tengok peluk2 sebelum kawin ni ada cacat sikit seninya..ke acaner…

      0

      0
    • Kedondong says:

      Puiii jeles angatttttt. Entah2 ni sakinah sendiri.. Backup diri sendiri

      0

      0
  14. elliz says:

    apsal nmpak mcm photoshoot utk iklan baju dlm majalah je??

    0

    0
  15. Anonymous says:

    jelez taik kucing la..tak ad aku nk jelesnya ngan minah bimbo ni..buang karen jer…

    0

    0
  16. kid says:

    Macam handsome je aku tengok tunang Sakinah ni kat sini. Gbr masa bertunang hari tu, mcm tua je aku tengok.
    Mata aku blur kot…

    0

    0
  17. aku says:

    aku terkejut jugak sebenarnya
    kalau nak diikutkan perangai si sakinah ni, aku expect gambarnya lg gatal&liar
    stkatni aku tgok sgt tame comparatively to other artist’s

    0

    0
  18. Soraya Zalia says:

    I’ve yet to understand the necessity of pre wedding pictures?!!! Melayu….kenapa suka meniruuuuuu

    0

    0
  19. Anonymous says:

    ni tandanye nk tayang sblm kawin…bajet masing2 artis hot la tu…podahhh!!

    0

    0
  20. sarap sakinah says:

    karipap panas

    0

    0
  21. ..... says:

    Biasa ja… Cam gambo iklan baju ja… Next

    0

    0