Written by serenity | November 25th, 2015

Nama Siti Nordiana kembali menjadi hangat setelah menyertai progam Gegar Vaganza 2. Persembahan Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana yang mantap minggu demi minggu menyemarakkan minat peminat terdahulu dan membolehkannya meraih sejumlah peminat baru.

Pada 23 November lepas, Siti Nordiana Fan Club telah menganjurkan satu kejutan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Nana yang ke 31, iaitu selepas berlangsung konsert Gegar Vaganza 2 minggu keenam di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor. Untuk makluman, tarikh ulangtahun kelahiran Nana ialah 22 November. photo IMG_5913.jpgAntara selebriti yang turut hadir untuk memeriahkan majlis ini ialah Zul Yahya, Noorkhiriah, Azza Elite, Nubhan, Erry Putra dan pengarah Michael Ang. Menangis tengok ada banyak kek cantik-cantik dan nampak sedap yang dihadiahkan peminat buat Nana. Video kejutan sewaktu majlis boleh disaksikan di bawah.

Kredit gambar kepada #TeamSitiNordiana dan Instaqleeqs.

Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

http://redtix.airasia.com/Events/konsertkoirkebangsaanmalaysia/

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 17 November 2015


 photo IMG_5602.jpg
 photo IMG_5914.jpg
 photo IMG_5906.jpg
 photo IMG_5903.jpg
 photo IMG_5900.jpg
 photo IMG_5633.jpg
 photo IMG_5887.jpg
 photo IMG_5876.jpg
 photo IMG_5875.jpg
 photo IMG_5868.jpg

21 responses to (11 GAMBAR)Peminat Anjur Kejutan Ulangtahun Kelahiran Siti Nordiana Ke-31

  1. Bekas Ahli Pengakap Sekolah says:

    Laa… Mati2 aku ingat dia umur 35-37… Rupanye baru 31 ke? Happy birthday, Nana!

    0

    0
    • Bekas Cheerleader sekolah convent says:

      ingatkan kilafairy da masuk 40 ruoanya baru 23…selamat menonggeng kila!

      0

      0
    • ainwardina says:

      Assalammualaikum,
      Alhamdulillahh… terima kasih GV kerana telah mengembalikan kembali sinar yang sebelum ini dipandang sepi oleh mereka yang tak tahu menghargai Bakat Seni Suara Siti Nordiana.. Zaman kegemilangan Siti Nordiana sebelum ini malap kembali menyinar dan semakin menyerlah… beliau pernah menyatakan suatu ketika dahulu pada media betapa kesusahan beliau selepas becerai dan dipandang hina sesetengahnya…kini bangkit, berbekal bakat yang allah kurniakan setelah diberi peluang oleh Astro. Thanks Astro… sesungguhnya pilihan yang Nana buat adalah tepat dan inilah peluang untuk kembali setelah sekian lama ‘Menyendiri’.

      Buat Nana, biarlah apa yang mereka nak kata tentang bakat kamu, bagi saya yang mengikuti nana dari awal penglibatan hingga percintaan, perkahwinan, penceraian Nana hingga memasuki GV tetap mengatakan bahawa Nana ada Aura tersendiri. Dari dahulu saya tak tahu kenapa mereka mengatakan Nana adalah ‘Klon’ artis…tapi saya tak bersetuju kerana suara Nana Ada Kelainan..
      Semoga dengan penerimaan semula Nana pada kali ini lebih memberikan semangat kepada Nana untuk terus berkarya dan mengembangkan bakat disamping tidak melupai saat getir sebagai anak seni. Bangkit dari Kesusahan dan Merendah Diri Di saat meniti Kegemilangan adalah Kunci Kejayaan Masa hadapan.
      Semoga Nana terus Berjaya, Di Dunia & Akhirat serta Saya doakan Moga Juara GV2 insyallah..

      0

      0
  2. Pekerja Gomen says:

    Mak aiii banyaknya kek…
    Terlioq ni

    0

    0
  3. Anonymous says:

    BAGUSLAH..HARAP LEPAS INI LEBIH BERSINAR..
    dan jaga diri

    0

    0
  4. lynna says:

    paling comel dihatiku.. ;)
    love you nanotttt

    0

    0
  5. nok gebuzzz says:

    harap nana akan terus berjaya dan teruskan sikap awak yg low profile ni…..

    0

    0
  6. Che ct says:

    bakal juara gegar vaganza….teruskan sikap yg lowprofile tu

    0

    0
  7. Che ct says:

    Bakal juara gegar vaganza…..teruskan dgn sikap low profile, insyaallah kejayaan milik nana

    0

    0
  8. kak anon says:

    Nana, kita berdua sama. Just keep your low profile attitude, insyallah, hikmah dan sinar menanti nanti. Amiin.Insyallah.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Sorry nk like sbenarnye tp trtekan unlike huhu..:'( sy mnat sgt2 k.nana..moge pejalanan hdop k.nana dpermudahkan n moge dpt jd juara GV!aamiinn..

      0

      0
  9. Pakcik German says:

    Hi nara can u look up for dayana lokmans latest updates? She s a real role model as a good wife for all muslims womans here.Pls giv some limelight bout her.we wan to noe about ashraf muslims wife .s she delivered safely? Or ticking time? Pls .as dis s d baby of e year 2015 wer itsnbeen years dey waiting patiently for their own baby.million tanx

    0

    0
  10. Kipas susah mati says:

    Memang la muda lagi. Masa debut dulu umo dia bru 15.

    0

    0
  11. Mat K says:

    Selamat Hari Lahir, sayang.

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Hb nana..may allah bless you..
    Hope be a gegar vaganza champion..

    0

    0
  13. badang says:

    mengawan sedap ni

    0

    0
  14. iyeke says:

    SUH NABIL & JIHAN TENGOK POST NARA NI..
    DEPA DOK INGAT NANA TUA DARI DIA..
    PADAHAL JIHAN TU PUN SEBAYA NANA..
    NABIL TUA SETAHUN..
    DORANG BUAT LAWAK CAKAP NANA DULU MUDA2 NYANYI LAGU PALING COMEL, NAK PERLI LA SKRG DAH TAK COMEL MACAM MUDA2 DULU!
    TU PASAL LAIN KALI BUAT RESEARCH BANYAK2 BARU PERLI2 ORANG!
    SATU LAGI AZIAN MAZWAN TU, NAK PANGGIL MAK KUNUNNN..
    HELLO…..AZIAN MAZWAN TU BARU 39 OK????
    KORANG G GOOGLE SKRG! HAHA
    OK
    BYE!

    0

    0
    • iyelah says:

      Diorang tahu lah. Saja nak melawak je tu. Nana & Azian pun tak kisah. Dorang kan dah jadi family GV, biasalah tu bergurau.

      0

      0
  15. KASIH LAILA says:

    Bila diri diuji dengan segala dugaan maka hasilnya..inilah.
    Nana tidak terus hanyut.Nekad beliau bertudung dan terus mendalami ilmu agama disamping (saya pernah tonton beliau berguru dengan Sharifah Khasif dlm satu slot mengaji Al Quran).
    Video beliau menyanyi dengan arwah achik kini giat ditonton kembali oleh ribuan peminat dalam dan luar negara.Berita beliau dengan achik lebih banyak dari cerita beliau dan arwah suaminya.
    Sy suka melihat pandangan achik pada nana masa zaman bercinta dulu…hihi..tapi biarlah..semua tu dah over.Yg bakal mendatang ni kita harus support nana.

    0

    0