Written by AbangNara | November 11th, 2016

Tarikh hari ini ialah 11.11.2016. Tarikh yang cukup cantik dan menarik lebih-lebih lagi apabila Lazada Malaysia sedang mengadakan jualan “Online Revolution” bermula hari ini sehingga 14 Disember kelak dengan penawaran diskaun sehingga 95%. Memang rambang mata dibuatnya apabila lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa.

laz

Untuk memudahkan anda yang sudah tidak sabar untuk bershopping, Abang Nara senaraikan 11 barangan yang tidak boleh anda lepaskan bersempena dengan “Online Revolution” dari Lazada ini.

1. iPhone 7 dan iPhone 7 Plus

laz2Tak pernah dibuat orang lagi ada diskaun untuk membeli iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Ini adalah harga paling rendah di Malaysia. Tak akan jumpa di tempat lain dah. Beli sekarang juga dengan klik di sini sebelum anda menyesal.

2. Redmi Note 3
laz3Kalau teringin nak jadi telefon kedua, Redmi Note 3 memang teramat sesuai buat anda. Harganya bersempena “Online Revolution” Lazada hanya RM499 sahaja. Ekslusif hanya di Lazada. Gigil tangan Abang Nara nak klik untuk beli.

3. Mainan untuk anak-anak dari Mattel

laz3

Hot Wheels adalah salah satu permainan kegemaran Aariz. Arissa pula suka patung-patung. Macam-macam pilihan ada di Mattel. Kelabu mata nak pilih mainan untuk anak-anak. Ini kalau diorang tahu mesti suruh beli semua. Time-time diskaun nie lah nak beli banyak-banyak kan?

4. Televisyenlaz4

Selaku seorang yang suka tengok tv, rumah Abang Nara kalau boleh nak tv yang bersaiz besar dengan skrin LED yang tip top. Barulah puas hati tengok. Orang lelaki memang benda lain dia tak kisah sangat. Tapi TV kat rumah mesti dia yang kena pilih. Tak gitu? Haier 49 inci ini boleh didapati dengan harga RM1,111 sahaja. Murah gila kot.

5. Lampin pakai buang anak-anak
laz5

Tahun lepas ketika “Online Revolution”, Abang Nara telah berjaya membeli 5,6 bungkus besar lampin pakai buang untuk anak-anak. Banyak boleh jimat. Harganya memang paling murah di pasaran. Silalah beli banyak-banyak dan buat stok. Confirm tak rugi punya. Siap ada promosi buy 2 free 1 lagi. Untungnya.

6. External Hard Drive

laz6

Gambar kat telefon dah terlalu banyak sampai tak tahu nak simpan mana? Movie kat komputer bersepah sampai hard disk tak cukup? Tak payah susah-susah nak delete bagai. Beli je external hard drive bersempena “Online Revolution” Lazada ini. Lepas tue semua transfer pergi external hard disk. Sempoi je leh bawak jalan-jalan atau bawak balik kampung. Western Digital pulak tue. Confirm kualiti first class.

7. Produk kecantikan Loreal, Maybelline, Garnier
laz750% diskaun untuk produk Loreal, Maybelline dan juga Garnier. Pergh. Memang awesome sangat-sangat. Inilah masanya untuk membeli lipstick, pencuci muka, alat make up dan pelbagai lagi. Korang yang pompuan tahulah nak beli apa kan? Separuh harga tue. Takkan tak nak kot?

8. PlayStation 4 (32% diskaun, kini cuma RM1,299 sahaja)

9. Korean Samyang Hot Chicken Ramen yang femes gila itu kini dijual dengan harga RM39.90 sahaja. Harga asal ialah RM57.60. Sesiapa yang tak pernah try kepedasan mee segera Korea ini, this is the time to try.

10. Segala macam produk Nestle seperti Milo, Maggi, Nescafe, Nestum, Omega, Koko Krunch dan macam-macam lagi kini dijual dengan diskaun sehingga 48%. Inilah masanya untuk anda membuat stok di rumah.

laz8

11. Produk gerudi, kemasan rumah dan macam-macam lagi dari Bosch. Banyak juga diskaun yang diberikan. Kalau nak baiki atau renovate rumah sendiri, inilah masanya untuk korang beli alatan yang bakal digunakan.

Fuh. Sebenarnya ada ribuan produk yang tak boleh korang “miss” sempena “Online Revolution” Lazada ini. Nasihat Abang Nara, kalau ada yang berkenan tue, terus je beli hari ini. Jangan tunggu lama-lama. Lepas itu selalulah buka Facebook Lazada Malaysia sebab banyak informasi terkini akan diberitahu di situ. Selamat bershopping di www.lazada.com.my.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 responses to 11 Benda Yang Tak Boleh Anda Lepaskan Sempena Jualan 11.11 Di Lazada

  1. SA says:

    Mahalnya samyang ramyun. Kat supermarket rm24 je.

    2

    0
  2. sacarsticdevil says:

    xsedar ek korang… tu kebanyakkan produk support israel

    0

    1