Written by AbangNara | September 15th, 2014

Tahun 2014 nampaknya adalah tahun untuk para selebriti Malaysia mendirikan rumah tangga. Antara yang telah selamat bergelar suami atau isteri ialah Almy Nadia, Fizz Fairuz, Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana, Aril AF dan ramai lagi. Sesungguhnya berkahwin itu adalah perkara yang dituntut dalam Islam. Walaupun begitu, pasti ramai yang menunggu hari bahagia 10 selebriti wanita yang masih belum bertemu jodoh ini.

1. Nur Fazura
fazuraKetika rakan seangkatan dengannya seperti Lisa Surihani dan Scha Al Yahya bahagia di samping suami masing-masing, Nur Fazura masih lagi berseorangan sehingga ke hari ini. Walaupun ada desas-desus mempunyai teman rapat dari Amerika Syarikat satu ketika dahulu, sehingga ke hari ini Fazura masih tidak memaklumkan khabar gembira mengenai tarikh hari bahagianya kepada para peminat.  Untuk makluman, tahun ini Fazura telah pun berusia 31 tahun. Molek benar untuk memikirkan tentang rumah tangga. Tak gitu?

2. Neelofa
neelofaPernah bercinta dengan Hans Isaac namun kecundang di tengah jalan, baru-baru ini Neelofa dikatakan akan menamatkan zaman gadisnya dengan kerabat diraja Kelantan. Namun begitu desas-desus tersebut telah mula reda sejak kebelakangan ini. Pastinya banyak pihak yang ternanti-nanti kebenaran desas-desus tersebut. Tak sabar nak melihat Neelofa di atas pelamin untuk mengetahui jejaka manakah yang berjaya mencuri hati si jelita ini. Sama-sama kita nantikan.

3. Yuna
yunaTidak diketahui pula sama ada hubungan Yuna dan Julian Schratter yang hangat diperkatakan satu ketika dahulu masih ada ataupun sudah tamat. Namun kesibukan mengembangkan kerjaya di Amerika Syarikat sedikit sebanyak pastinya membantutkan perancangan Yuna untuk bergelar isteri. Sudah pun mencecah usia 28  pada tahun ini, mungkin sudah tiba masa untuk penyanyi hebat ini memikirkan mengenai masa depan sebagai seorang isteri. Hehehe.

4. Shila Amzah
yunaSiapa yang tidak mengetahui kisah percintaan Shila Amzah yang penuh dengan keperitan. Pernah bercinta dengan Sharnaaz Ahmad dan gagal di tengah jalan, Shila juga pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan Johan As’ari. Kini Shila sedang sibuk mengembangkan karier di China. Pasti suatu hari nanti Shila akan bertemu jua dengan si jejaka yang mampu merawat hati lukanya itu. Amboi.

5. Nora Danish
nora nedimWalaupun sudah mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya terdahulu, para peminat sebenarnya tidak sabar untuk melihat Nora Danish naik ke pelamin sekali lagi dengan kekasihnya, Nedim. Walaupun begitu, buat masa ini Nora dikatakan tidak memikirkan lagi mengenai perkahwinan. Mungkin masih belum tiba masanya. Nanti kalau dah bersedia, tolong jangan rahsiakan ye.

6. Fara Fauzana
fafauPengacara terkenal yang baru sahaja berhijab baru-baru ini adalah antara yang ‘berusia’ di dalam senarai ini. Sehingga ke hari ini agak jarang untuk kita mendengar gosip mengenai teman lelaki dalam hidup Fara Fauzana (pernah dikaitkan dengan pemain bola Hai-O). Mungkin Fara lebih gemar merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan umum. Namun yang pasti, ramai yang tidak sabar untuk melihat Fafau menjadi raja sehari. Sama-samalah kita tunggu.

7. Emma Maembong
emma maembongSudah pun mempunyai calon suami (siapa lagi kalau bukan Zizan), para peminat kedua-dua artis ini sebenarnya sudah tidak sabar dan seringkali membuat tekaan sendiri mengenai hari perkahwinan Emma Maembong dan Zizan. Ada desas-desus menyatakan Januari ini tetapi sudah dinafikan oleh Zizan sendiri. Walaupun masih muda (19 tahun), rasanya Emma sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tak sabar nak tengok Emma dan Zizan bersanding.

8. Nelydia Senrose
nelydiaPercintaannya dengan Qi sudah pun diketahui oleh semua pihak. Seperti Emma Maembong dan Zizan, Nelydia dan Qi juga mempunyai perbezaan umur yang agak besar. Namun ia pasti tidak menghalang mereka berdua untuk bergelar suami isteri satu masa kelak. Bilakah masanya? Hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Kita sebagai peminat hanya boleh sabar menanti.

9. Yana Samsudin
yanaSeringkali dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari, Yana dikatakan sedang menunggu lamaran daripada si jejaka tersebut. Telah pun berusia 29 tahun, Yana berada di usia yang sangat cantik untuk bergelar isteri orang. Kalau Fadzil tak nak, rasanya ramai lagi di luar sana yang mendambakan cinta Yana. Tak gitu?

10. Siti Saleha
siti salehaSudah pun mempunyai kekasih hati yang bukan berstatus warganegara Malaysia, pelakon yang semakin popular ini dilihat tidak menyorok status dirinya setiap kali ditanya oleh para media. Walaupun begitu, bercinta dengan ‘orang asing’ ini sedikit sebanyak pasti melambatkan masa perkahwinan. Biasalah orang luar memang lambat sikit nak kahwin. Namun umur Siti Saleha masih muda dan tidak perlu terburu-buru untuk menamatkan zaman gadisnya. Lelaki tempatan atau antarabangsa, yang penting adalah kebahagiaan. Tak gitu?

UPDATE: Setelah mendapat maklumbalas daripada anda, ini beberapa lagi selebriti wanita yang ditunggu perkahwinannya:-

11. Heliza Helmi
heliza helmiPernah difitnah mengorat suami orang, si comel Heliza Helmi sehingga ke hari ini masih solo lagi. Usia Heliza sudah pun menjangkau 28 tahun. Pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan Hafiz Hamidun namun telah menafikan desas-desus tersebut. Tak sabar mahu melihat kelibat jejaka yang akan berjaya mencuri hati bekas pelajar Akademi Fantasia ini. Sama-samalah kita nantikan.

12. Hanez Suraya
hanez surayaDi dalam senarai ini, Hanez Suraya mempunyai peluang yang paling tinggi untuk bergelar seorang isteri dalam masa terdekat ini. Kontroversi Hanez dan isteri kepada kekasihnya, Romie ternyata tidak merobohkan benteng percintaan mereka berdua. Malah Hanez mengakui yang cintanya terhadap Romie semakin utuh. Namun Hanez memaklumkan yang dia mahukan kekasihnya itu menyelesaikan segala isu dengan isteri sekarang sebelum berkahwin. Hmmmmm.

13. Intan Ladyana
intan ladyanaPerkahwinan yang diharapkan dengan Kamal Adli akhirnya tidak menjadi kenyataan buat artis jelita ini. Intan Ladyana kini ‘single’ dan masih mencari si jejaka untuk menjadi suaminya. Mempunyai pakej yang lengkap, tahun ini pelakon jelita ini sudah pun berusia 32 tahun. Hmmmm. Memang sesuai sangat untuk bergelar seorang isteri dan memulakan keluarga sendiri. Persoalannya siapakah lelaki yang bertuah itu?

14. Tasha Shilla
tasha shilaPernah dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan yang kononnya menaja hidupnya, kini Tasha Shilla bahagia di samping kekasihnya yang berbangsa Cina. Sudah pun membuat perancangan untuk perkahwinan, para peminat diminta bersabar untuk menunggu pengumuman tarikh perkahwinan Tasha Shila. Pastinya Tasha Shila akan kelihatan meletop di hari bahagianya lebih-lebih lagi jika membuat resepsi ala-ala bangsa Cina. Klasik sangat!!!

15. Anzalna Nasir
anzalna nasirSekiranya anda ada niat untuk mengorat Anzalna Nasir, lupakanlah sahaja hasrat anda itu. Setia dengan kekasihnya yang bernama Hanif Zaki sejak dahulu lagi, Abang Nara berharap agar mereka berdua tidak terlalu lama bercinta. Kalau boleh segerakanlah perkahwinan jika sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Takut lama-lama nanti banyak halangan dan terjadi perkara yang tak diingini seperti perpisahan. Tak gitu?

Apa kata anda? Siapakah selebriti yang paling anda tunggu hari perkahwinannya? Kongsikan di ruangan komen untuk tatapan para pembaca BeautifulNara yang lain.

47 responses to 10 Selebriti Wanita Yang Paling Dinanti Perkahwinannya

  1. badang says:

    Cuba teka dalam ramai2 ni..siapa yg masih dara…makna nya xder lagi penetration dan selaput dara dia ada lagi…sy rasa shela hamzah je

    0

    0
    • Senget says:

      Saya rasa Fara Fauzana & Emma Maembong

      0

      0
      • Yahudi says:

        Azwan Ali still dara tak??

        0

        0
        • Olga says:

          hanya Siti Nurhaliza je satu2nya artis wanita kat Malaysia yg masyarakat Malaysia betul2 tunggu hari perkahwinannya..walopun end up agak mengecewakan sbb kahwin dgn duda tua… diikuti dgn Ziana Zain & Erra Fazira.. though Erra end up kahwin cerai kahwin cerai… zmn skrg ni org dh x teruja dgn mana2 retis yg kahwin sbb hari2 duk keluar cerita gosip mosip! kalo Siti & Ziana tu xde kecoh2.. bila dh nak kahwin baru org dpt hidu! cuma erra je agak open ttg her relationship!

          0

          0
      • karipap sardin says:

        kalau kawin semata2 nak buat sex….baik x payah kawin.
        Sebelum kawin make sure girl ada kerja tetap dan si jantan ada kerja tetap yang cukup utk berkeluarga. Jangan gatal nak berlaki tapi si jantan kerja ntah apa2…nanti anak berderet2 nak makan apa ?? bini nak berhias lawa2 pun x boleh sebab duit x cukup…huh !

        0

        0
        • adik nara says:

          Ko tau x dlm islam kawin tu untuk apa? Mengurangkan maksiat..selain tu menmbahkan zuriat…jd kalo xde sex..mcm mana nk buat semua tu…so kawin tuk apa? Kalo ko ckp kawin bkn tuk sex semata2..ak xsetuju..

          0

          0
      • One Direction I LOVE YOU says:

        i pun nak kawin jugak, nak kawin dengan Zayn Malik.
        esok i akan berlepas ke UK.. kalau kita ada jodoh, kita akan jumpa ya Zayn Malik.

        0

        0
        • jemah says:

          Get a life dear!

          0

          0
        • One Direction Midnight Memories says:

          tengah malam nanti i dah nak berlepas ke UK…doakan i jumpa Zayn Malik.
          Tak dapat Zayn Malik. yang macam ala2 muka Zayn Malik pun jadi lah.

          0

          0
        • miss m says:

          salah 1 sebab aku tak baca beautifulnara.. ada si one direction ni.. geli siot.. in your dream laa woiii….aku rasa ko ni laki..gay!
          haih baru harini tergerak nk baca beautifulnara.. ternampak si one direction.. stupid laa

          0

          0
      • yy says:

        Heliza?

        0

        0
        • antipropa says:

          Nara ko ni biar betul..heliza? Lopak? Aku xheran la bila dorg nk kawen.. baikla ummi nazeera..yg brhijrah dgn hati yg ikhlas..bkan propa ja lebih.. btw jihan muse pon aku ternnti2 dgn siapa dia nk kawen..sbb dia nmpak sepadan ngan jep..hehe

          0

          0
        • jehan muse meletop habes says:

          Yg atas number 1 , 2 tu takyah la nak tunggu..selagi salah sorang tak kawin, selagi tu la sanggup membujang. pesaing kan….haruslah calon suami pun hebat dari yang sorang lagi.hahahaa

          0

          0
    • Mak jemah pemalu says:

      Ko comfirm ke?klu xcomfirm jd fitnah…tau hukuman fitnah ape?

      0

      0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      dara tk dara tu tk penting ..yg penting ada jantan yg nk kawin ngan dorang2 ni ..huh !

      0

      0
      • minah jambu idop umno ! merah biru says:

        lagi pon hantaran untok minah jambu tk la banya macm artis2…hantaran sebuah rumah n sesebijik kereta dh cukoppppppppppppp…

        0

        0
    • Strawhat Luffy says:

      Hang ni qazaf zina. Patut kena hukum hudud ni….

      0

      0
    • jamu says:

      Neelofa, farah fauzana aje yg masih anak dara

      0

      0
    • Hello kitty says:

      Heliza helmi

      0

      0
  2. Anon says:

    mna si Tasha Shila & Anzalna tak masuk list ka? Si Hanez Sokraya yg mengenyam sgt nk kawen tu bkn apa tak masuk list, sbb dah busuk n so xpopular !!

    0

    0
    • Mak Andam says:

      tasha shilla da hilang tajaan, kereta TAS114 tu pon dah kena tarik dato ikan bakar uols..takpelah kawen je la ngan cina tu, ajak dia belajar Islam sama2 lagi bagus dari kawen laki orang.

      0

      0
  3. Mizie Maintenance says:

    Zarina Anne juling tak masuk senarai kee…??heheheheh

    0

    0
  4. lolalolipop says:

    aku teka ko pun dah tak teruna kot badang. (klu ko lelaki la).
    kalau ko pompuan mungkin ko yg xde dara.
    ko xde keja lain dok meneka orang eh?

    0

    0
  5. mina says:

    BAG NARAAAAA….. YANA SAMSUDIN DAH 30 LAAAAAAA

    0

    0
  6. Semua segak2 belako :)

    0

    0
  7. zaza says:

    yg pasti memasing suka postponed kahwin sebb tgh kumpul sponsor. kalaw tk grand malulah muka nk letak mana? gitulah pemikiran artis2 skrg.
    contohilah wan maimunah dgn ruminah sidek, sweet jek diorg.

    0

    0
  8. badang says:

    Dia org retis milik masyarakat…njoy dedah sana dedsah sini..lepas tu kalau pkai tudung charge berhijt=rah laa..so nasib laa…nora danish x masuk tau..sbb dia jan…so dgn rita…janda meroyan

    0

    0
  9. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    macmana si fara fauzana tu nk kawin jantan tengok muka dia pon dh macm mak cik mak cik dah…lagi2 pulak dia dh bertudong lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii lah macm mak cik sipot !

    0

    0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      kalau si yuna pulakkkk jantan melayu memang la tknk ngan si yunaaaa melain kan jantan mat salleh aje yg nk ngan si yuna pasal jantan mat salleh memang dorang suka bentok muka macm yunaaaaa yg macm negroooo tol tak peminat peminattttttttttttttttttt…

      0

      0
      • Hahhaa says:

        gelak guling-guling aku baca komen kau. Hahahaaaa memanglah pelik aku tengok si yuna ni. Muka takde manis langsung macam karakter kartun 3dara pingitan. Hahahaaa kelakar lah komen kau.

        0

        0
  10. Shhh says:

    Abg nara senaraikan lah jejaka hot yang masih belum menamatkan zaman bujang antaranya:-
    Fahrin Ahmad – dgn khbar bercinta dgn Zara Zya
    Remy Ishak – penah dgr bercinta dgn anak seorang aktor
    Shaheizy Sam – desas desus kembali bercinta dgn ex grfn
    Jep Sepahtu – rasanya da ada someone kot…slalu tk ig dia sebelum ni pasal seorang budak..tk tahulah anak teman wanita dia ke..
    Aiman Hakim – hangat bercinta dgn Nur Fathia
    Hans Isacc – penah bercinta dgn 2 aktres cantik..
    Johan Asari – aritu beria benar nak tamat zaman bujang
    Sharnaaz Ahmad – skrg bukan dah ada pengganti..cantik orgnya
    Shah Jazlse – lepas kes tangkap khalwat, putus tunang, pastu main kayu tiga – mmg patut kahwin
    Qi Razali – masih dgn Nely umur pun dh lanjut
    Pekin Ibrahim – lepas putus dgn Uqasha takan tak da pengganti
    Zizan – sampai bila nak berkepit dgn emma
    Azwan Hj Ali – smpai bila nak membujang..

    p/s: saje-saje je ni..aku tgh boring

    0

    0
  11. Gotchassss says:

    Perkahwinan yang aku tak nanti kan; Emma & Zizan.

    Sekian, terima kasih.

    0

    0
  12. itu yg pasti says:

    kawen ni urusan Allah s.w.t… siapa kita nak memilih dan merancang, kalau terburu kawen pun dapat yg xelok..merana jer… ini utk muslimat dan muslim yg pandai jaga akhlak.. yg kurenggggg akhlak elok2lah kawen..perkahwinan ni best..percayalah..

    0

    0
    • best giler says:

      memang best gila kahwin.. aku ingat lagi first time dengan suami..aku keraskan peha..sebab takut dan tak reti… abang aku buka lampu sebab bangga nak tengokk..peh memang sakit…aku rasa bukan best pun…lepas beberapa minggu barulah aku perasan aku selalu keraskan peha sebab takut..pelincir jadi tak ada sebab tak bersedia…lepas tu sekarang hari- hari mau..percayalah dara tu penting..suami pun bangga bila dapat tengok darah dara..opppps….ramai yang dislike tak pa.. aku bagitahu ni supaya kamu semua yang budak2 ni tahu..dara ada tanda ya… dan kena bersedia bila dah kawen. kongsi ilmu..hahahahaah

      0

      0
      • minah jambu idop umno ! merah biru says:

        mana2 minah yg dh tkde dara tu jangan la bersedih atau bimbang pasal minah yg dh tkde dara kalau kawin nanti senang tk payah susah2 nk keras kn peha pasal dh di citak sondol pon senangggggg selamat mencobaaaaaaa huhu…

        0

        0
      • lancang kuning says:

        Lucah nya komen ko. Ada aku kesah ko dara ke tidak. Ko nak keraskan peha ke idak. Simpan aje story ko sendiri. Lgpun ko bukannye retis

        0

        0
  13. Ade aku kisah?? says:

    Tolong lh..diorg nk kwin ke x kwin pn ghupe
    cm dh kwin pn.retis msia skrg dh trllu advance,
    kwin pn skojap..pas tu cerai.suma nk beronok2.

    0

    0
  14. Krios says:

    kalau mereka2 diatas sedia terima lelaki2 keje biasa je rasanya wak dah masuk meminang dah. tapi apakan daya, gaji kecik tak mampu payung artis haha

    0

    0
  15. poyolaaa aku ni~â„¢ says:

    Aiman hakim dgn fathiya x msuk list ke??

    0

    0
  16. Lulu says:

    FAZURA takkan kawin sure alam jadu ANDARTU.. Macam Nasha Aziz dan sbgainya..

    0

    0
  17. anzalnaneelofa says:

    anzalna and neelofa

    0

    0
  18. Zizan Kalah ABP says:

    zizan dgn emma, xyah kawen pun da mcm org berkawen…. ko rasa???

    0

    0
  19. iza says:

    Artis ni dorang rase diri dorang havoc kot..pastu nk cr pun yg havoc jgk la kunun…itula bercerai berai akhirnya..sbb keberkatan xde..dlm islam pun ckp lo nk pilih pasangan kene tengok 4 benda..1)AGAMANYA2)KETURUNANNYA3)PARASRUPANYA4)HARTANYA-(tp x semestinya yg kaya raya…sekadar mencukupi pun dh ok…org yg x pernah rse cukup tu yg susah tu…yg pasal 4 benda tu lo salah tolong betulkan…sbb ingat2 lupa..sori

    0

    0
  20. lalala says:

    lorh muda lagi emma ni.. 19 baru

    0

    0