10 Sebab Anda Mesti Daftar Anak Di Tadika Ar-Rayyan Kids

Hiburan

10 Sebab Anda Mesti Daftar Anak Di Tadika Ar-Rayyan Kids

Memilih tadika untuk anak-anak adalah satu tugasan yang cukup mencabar untuk ibu bapa. Sebagai seorang ayah, Abang Nara mahukan tadika yang berprestij, dekat dengan rumah dan mempunyai tenaga pengajar yang hebat. Untuk makluman, Abang Nara tinggal di Shah Alam, jadi banyak sangat pilihan tadika sampai pening dibuatnya. Namun sekiranya Abang Nara tinggal di sekitar Putrajaya khususnya Presint 11, 8, 5 dan Cyberjaya, tanpa sebarang keraguan Abang Nara akan memilih Tadika Ar-Rayyan Kids untuk anak-anak tercinta.

1

Advertisement

Ada 10 sebab kenapa anda perlu pilih Tadika Ar Rayyan Kids sekiranya anda mempunyai anak-anak berusia 3 tahun dan ke atas. Sebab-sebabnya ialah:-

1. Dikenali dan established di Putrajaya (Presint 11, 8, 5) & Cyberjaya

Untuk makluman, Tadika Ar Rayyan Kids kini mempunyai 5 cawangan di kawasan ini. Fuh kalau dah sampai 5 tue, maksudnya sambutan dari ibu memang mengalakkan la. Ini bermakna tadika ini memang menjadi pilihan ibu bapa sekitar Putrajaya (Presint 11, 8, 5) dan Cyberjaya.

2. Guru-guru yang hebat

Bukan sahaja berpengalaman bertahun-tahun dalam menguruskan kanak-kanak, malah guru-guru di Tadika Ar Rayyan Kids adalah terdiri dari lulusan diploma sehinggalah masters. Power beb.

2

3. 1 kelas 10 orang sahaja

Ini terbaik sangat bagi Abang Nara. Budak budak kecil memang perlukan lebih perhatian dari guru mereka. Kalau satu kelas hanya 10 orang, sudah semestinya setiap kanak-kanak akan mendapat tunjuk ajar yang seimbang dan perhatian yang tidak berbelah bahagi.

3

4. Kelas Fun Learning Motor skill

Budak-budak memang nalurinya suka bermain. Jadi kalau diajar subjek serius dan akademik je, tentu mereka akan bosan. Di Tadika Ar -Rayyan kids terdapat kelas memasak yang dinamakan “Little Chef” dan kelas seni ang dinamakan “art mania” .Kedua-dua kelas ini adalah untuk memantapkan motor skill di kalangan kanak-kanak dan memupuk sikap sharing dan team work. Antara aktiviti di dalam kelas-kelas ini ialah membuat pizza,biscuits,donut dan cupcakes. Confirm bebudak itu akan enjoy.

4

5. Umur 3-4 tahun dah diajar membaca

Bukan sahaja dah diajar membaca Bahasa Melayu, tetapi Bahasa Inggeris pun turut sama diajar kepada kanak-kanak di Tadika Ar Rayyan Kids sejak mereka berusia 3 tahun. Abang Nara tengok video kat Facebook diorang memang terkejut jugak melihat kecekapan mereka membaca. Hebat!!

6. Belajar bahasa Mandarin

Pada umur 4 tahun, kanak-kanak di Tadika Ar Rayyan Kids akan mula belajar bahasa Mandarin. Seperti yang kita ketahui bahasa Mandarin ini kalau kita tahu cakap memang sangat berguna di masa hadapan. Lagipun budak-budak kecil memang cepat pickup kalau diajar sejak kecil.

7. One stop centre

Di Tadika Ar Rayyan Kids turut disediakan perkhidmatan daycare dan juga transit untuk kanak-kanak yang ada kelas lain. Contohnya anak anda waktu petang ada kelas KAFA. Nanti pihak Tadika Ar Rayyan akan pastikan anak anda selamat pergi dan selamat balik dari kelas KAFA tersebut.

5

8. Praktikal solat dan iqra

Ini sangat sangat penting untuk kanak-kanak. Bab-bab sembahyang dan baca Al Quran ini kalau kita ajar dari awal memang terbaik sangat-sangat. Kanak-kanak di Tadika Ar Rayyan Kids bukan sahaja diajar solat dan iqra sejak berusia 3 tahun, malah turut sama diajar subjek agama. Jadi bukan pendidikan dunia sahaja dipentingkan, pendidikan akhirat turut sama disemai.

9. Ada progress report

Buat ibu bapa yang sentiasa mahu melihat perkembangan anak-anak mereka, guru-guru di Tadika Ar Rayyan Kids akan menyediakan progress report. Bolehlah tahu anak dah pandai membaca ke, skill bergaul diorang ok ke tak, dah pandai sembahyang ke dan sebagainya. Jadi kita sebagai ibu bapa boleh keep track sejajar dengan perkembangan usia anak-anak kita.

6

10. Belajar membaca menggunakan kaedah PHONICS

Kalau dulu kita belajar membaca dengan kaedah menghafal, sekarang ini paling popular ialah kaedah PHONICS. Di Tadika Ar Rayyan Kids kanak-kanak akan diajar dengan menggunakan teknik ini. Teknik ini memang sudah terbukti jauh lebih berkesan berbanding teknik menghafal.

7

Amcam power kan 10 sebab anda perlu hantar anak anda ke Tadika Ar Rayyan Kids? Kalau Abang Nara duduk sekitar Putrajaya (Presint 11, 8, 5) dan Cyberjaya, memang hari ini juga enroll masuk tadika ini. Agak malang juga sebab duduk jauh. Untuk korang yang mereka ada di sekitar situ, bolehlah layari Facebook Tadika Ar Rayyan Kids untuk makluman lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...