Written by AbangNara | December 30th, 2013

Lusa tahun 2013 akan pergi meninggalkan kita. Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik pejam celik tahun 2014 akan menjelma. Seperti biasa, dunia hiburan Malaysia dikejutkan dengan kisah-kisah kontroversi, panas dan tak masuk akal sepanjang tahun 2013. Marilah kita sama-sama mengimbau kisah-kisah tersebut (tidak mengikut turutan kejadian).

kisah paling sensasi

1. Terputusnya hubungan Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad

Hubungan percintaan yang terbina selama ini akhirnya terlerai jua selepas halangan daripada ND Lala, iaitu bapa kepada Shila Amzah. Menariknya Shila turut sama dilaporkan melarikan diri dan kemudian telah berkongsi sebuah video dirinya menyanyikan lagu “Ombak Rindu” ketika kontroversi ini berlaku. 

2. Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang

fizz fairuz tunang

Memang tak masuk akal tetapi itulah kenyataan. Fizz Fairuz mengambil keputusan untuk bertunang bukan dengan Almy Nadia, tetapi seorang isteri orang. Dikatakan terkena “buatan orang”, status tunangnya itu hanya diketahui selepas 4 hari pertunangan dilangsungkan. Pelik tapi benar kan?

3. Kontroversi Afiq Muiz dengan ibunya, Eina Azman turut dapat tempias

Dalam kontroversi Afiq Muiz dan ibunya, teman tapi mesra Afiq iaitu Eina Azman turut mendapat tempiasnya. Apa tidaknya, Eina Azman dalam satu kenyataan menyatakan yang emak Afiq “kurang siuman kot“. Afiq turut enggan meminta maaf sehingga berkata sanggup mati daripada sanggup disumpah ibu kandungnya.

4. Ashraf Muslim kahwin satu lagi dengan Wan Sakinah

ashraf

Terkejut seluruh peminat industri tanah air apabila Ashraf Muslim telah berkahwin seorang lagi dengan Wan Sakinah. Perkahwinan tersebut telah dilakukan di Bangkok tanpa izin isteri pertamanya, Dayana. Dikecam teruk oleh para peminatnya, kini Ashraf Muslim sedang bahagia menunggu saat kelahiran cahaya mata pertamanya yang dikandung oleh Wan Sakinah.

5. Shahrizal Jaszle ditangkap khalwat

Shah Jaszle yang sudah bertunang dengan Redzwani Puteri telah mengejutkan semua pihak apabila ditangkap khalwat dengan seorang wanita yang bernama Farah. Akibat penangkapan itu, pertunangan diputuskan. Ketika perbicaraan, Farah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat, sementara Shah Jaszle minta dibicarakan. Sama-sama kita nantikan perkembangan kes ini.

6. Wawa Zainal dan Aeril Zafrel “kantoi”  berkahwin dan ada anak
aeril wawa

Ini ialah kisah yang paling kelakar bagi Abang Nara untuk tahun 2013. Beria-ia kata diri difitnah, ada cubaan dijatuhkan dan itu semua tipu, akhirnya Aeril dan Wawa tidak dapat berselindung lagi dengan bukti perkahwinan dan kelahiran anak mereka. Punca merahsiakan perkahwinan mereka ialah kononnya takut dengan tindakan oleh MIG, iaitu pihak pengurusan Wawa.

7. Johan As’ari lamar Lana Nordin selepas 3 hari bertemu

Setelah dikaitkan mempunyai kisah cinta dengan Shila Amzah, tup-tup Johan As’ari tampil membuat pengakuan bahawa telah melamar Lana Nordin untuk dijadikan isterinya selepas 3 hari bertemu. Ku sangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tak sampai sebulan “bercinta”, Johan As’ari mengakui telah memutuskan hubungan dengan Lana Nordin. Cinta “touch n go” barangkali?

8. Skandal Adi Putra dan Nooraida

Imej baik pelakon Adi Putra tercalar apabila satu laporan polis menyatakan dirinya bertukar-tukar gambar tidak senonoh dengan isteri orang yang bernama Nooraida. Kes ini kemudiannya diklasifikasikan sebagai “no further action”. Namun suami Nooraida berkeras mahu meneruskan perbicaraan kes ini. Tidak lama kemudian, Nooraida diceraikan suaminya dengan talak satu.

9. Video isteri Mat Yo dan pak guard

isteri mat yoWalaupun tidak termasuk di dalam golongan artis, tak lengkap rasanya jika tahun 2013 tidak disenaraikan gelagat isteri Mat Yo yang bersikap kurang ajar terhadap seorang pak guard. Walaupun telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, banyak pihak yang mengecam dan kecewa dengan tindakan isterinya yang jelas tidak menghormati orang tua.

10. Rita Rudaini dan Aidil Zafuan akhirnya bercerai

Setelah turun naik mahkamah bertahun-tahun lamanya, akhirnya Rita Rudaini sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Aidil Zafuan menerusi SMS. Kini Aidil khabarnya dalam perancangan untuk berkahwin buat kali kedua dengan Zareema Zainal. Sementara itu Rita pula sedang sibuk memperjuangkan hak nafkah anak-anaknya di mahkamah.

Begitulah kisah-kisah, kontroversi dan suka duka yang melanda dunia hiburan Malaysia sepanjang tahun 2013. Apakah kisah kegemaran anda? Apakah yang paling membuatkan anda terkejut? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen untuk tatapan para pembaca BeautifulNara yang lain.

 

Baca Yang Ini Pulak:-

27 responses to 10 Kisah Paling Kontroversi Dunia Hiburan Malaysia Sepanjang Tahun 2013

  1. i love abang Jebat says:

    oh my JEBAT.. no satu uooolssssssss.. shilaamzah ketepi!

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 43 Thumb down 4
    • hahahaha says:

      kelas shila amzah.. tercalon utk dua kontroversi.. nampak sgt drama QUEEN!

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 49 Thumb down 5
      • didi says:

        Tertanya-tanya jugak, macam mana wawa handle masalah dia tu? masa dia lari ke sabah tu, dah mengandung ke? Peliks bin ajaib lah noks.

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 1
        • kiki says:

          ingat lg dlam metro kot wawa ckp balik kg berubat sbb mcm kene sihir..maghrib2 rse panas..wth

          Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 23 Thumb down 0
        • Baby AA says:

          maaf, kenapa ada iklan lucah kat banner advert di BN ni ???

          Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
        • Manusia biasa says:

          Abang Nara, patutnya jangan lah letak gambar Wawa Zainal yg free hair wpun mmg dkt internet ni belambak gmbar zaman free hair dia. Sekarang ni Wawa Zainal dah bertudung, letaklah gambar dia yg bertudung. Untuk artis lain yg dah bertudung pun mcm tu gak. Klau nak letak gambar diaorg, letaklah gambar dorang yg dah bertudung.

          Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 1
    • maya says:

      Klu ikut ni la entri paling popular sepanjang tahun 2013.

      1. Sharnaaz Balas Kenyataan ND Lala – Tak Usah Pusing Cerita (560)
      2. (VIDEO)Shila Amzah Mohon Maaf, Rindu Semua & Nyanyi Lagu Ombak Rindu (544)
      3. Mak Afiq Kurang Siuman Kot – Eina Azman (516)
      4. Isteri Mat Yo Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia (489)
      5. Isu Lahad Datu, Abby Abadi Luah Perasaan Kecewa (483)
      6. Aksi Di Ranjang Rusdi Ramli Dan Nora Danish Timbulkan Kontroversi (439)
      7. Kami Bukan Kahwin Lari – Ashraf Muslim (430)
      8. Awie Hanya Tahu Cabang Perniagaan Kelab Malam, Cari Rezeki Untuk Keluarga (421)
      9. Dayana Redha Jika Saya Berkahwin Dengan Ashraf Muslim – Sakinah (411)
      10. Nouri Ramli Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Belasah Suami Sehingga Mati (409)

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  2. chombi says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 14
  3. entahlah apa nak jadi says:

    Dunia sekarang makin pelik…kalau dulu gosip artis tak melampau sangat.. Sekarang!!! yang melampau dah jadi biasa pula……Dunia akhir zaman dah ni..Adessss

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  4. bilakakjemahmenulis says:

    no 6 tu paling EPIC!

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 2
  5. tripleros1997@yahoo.com says:

    abg nara..mohon masukkan kes erma vs rebeca

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 3
  6. rindu olga says:

    olga..sila komen sekarang

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  7. sha says:

    rasanya kes bini mat yo paling kontrovesi kot!!!!!!!

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  8. mak jemah says:

    bobo ngn shasha??hoho

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
  9. Anonymous says:

    da macam Hollywood star kontreversi,kelas gitu…
    Malaysia BOLEH!!!

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  10. lagi says:

    lagi 1, akim n stacy dah selamat kawin.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  11. Anonymous says:

    Bila akim n stacy kahwin.abg nara tlg siasat.
    Letak gambar nikah n sanding sekali.
    Cepat abg nara kami tunggu ni

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  12. mariam kampung pantat says:

    mane kes bra merah che ta??

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  13. maya says:

    Top 10 Entri Yang Paling Hot n Kontroversi

    1. Sharnaaz Balas Kenyataan ND Lala – Tak Usah Pusing Cerita (560)

    2. (VIDEO)Shila Amzah Mohon Maaf, Rindu Semua & Nyanyi Lagu Ombak Rindu (544)

    3. Mak Afiq Kurang Siuman Kot – Eina Azman (516)

    4. Isteri Mat Yo Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia (489)

    5. Isu Lahad Datu, Abby Abadi Luah Perasaan Kecewa (483)

    6. Aksi Di Ranjang Rusdi Ramli Dan Nora Danish Timbulkan Kontroversi (439)

    7. Kami Bukan Kahwin Lari – Ashraf Muslim (430)

    8. Awie Hanya Tahu Cabang Perniagaan Kelab Malam, Cari Rezeki Untuk Keluarga (421)

    9. Dayana Redha Jika Saya Berkahwin Dengan Ashraf Muslim – Sakinah (411)

    10. Nouri Ramli Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Belasah Suami Sehingga Mati (409)

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  14. rindu olga says:

    biar betol stacy n akim dh kawen..abg nara cepat update

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  15. kassim patalon says:

    hah?stacy gigi berlapis kawen??patot pungpang2 nak masok isle…!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  16. […] 10 Kisah Paling Kontroversi Dunia Hiburan Malaysia Sepanjang Tahun 2013 (23) […]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  17. […] 10 Kisah Paling Kontroversi Dunia Hiburan Malaysia Sepanjang Tahun 2013 (24) […]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  18. […] 10 Kisah Paling Kontroversi Dunia Hiburan Malaysia Sepanjang Tahun 2013 (25) […]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  19. […] 10 Kisah Paling Kontroversi Dunia Hiburan Malaysia Sepanjang Tahun 2013 (26) […]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0