10 Kemelut Rumahtangga Selebriti Malaysia Sepanjang Tahun 2012

Hiburan

10 Kemelut Rumahtangga Selebriti Malaysia Sepanjang Tahun 2012

Setiap pasangan suami isteri mengimpikan mahligai perkahwinan yang berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pasti ada pasang dan surutnya di dalam sesebuah perkahwinan. Tak gitu?

selebriti 2012 cerai

Advertisement

Tahun 2012 juga menyaksikan kemelut dalam perkahwinan beberapa pasangan selebriti Malaysia. Malah ada yang tidak mampu mepertahankan rumahtangga sehingga akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai.  Semoga kita mengambil iktibar daripada apa yang telah terjadi kepada mereka.
selebriti 2012 cerai1. Hattan dan Farah Asyikinmasjid yang dibina hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja. Berkahwin pada November 2011, Hattan sah menceraikan isterinya pada bulan Januari 2012 dengan talak satu. Hattan juga enggan mengulas lebih lanjut tentang punca penceraian mereka. (klik sini untuk entri)
chef riz ana dahlia2. Chef Riz dan Ana Dahliapenceraian yang mengejutkan banyak pihak. Perkahwinan mereka tidak sempat mencapai usia 1 tahun. Chef Riz mengakui yang tiada persefahaman sepanjang melayari bahtera rumahtangga. Sementara itu Ana Dahlia memberitahu yang Chef Wan mengetahui penceraian itu bukannya berpunca daripada pihaknya.(klik sini untuk entri)
selebriti 2012 cerai3. Adda Butterfly dan Ridzuan – Adda hanya sempat bergelar isteri selama 17 hari sahaja sebelum sah diceraikan oleh suaminya. Memang mengejutkan kerana sebelum ini majlis perkahwinan Adda turut dilakukan secara rahsia. Tambah mengejutkan apabila bekas suami Adda tampil memberi amaran kepada Adda agar berhenti membuat kenyataan yang mengaibkan dirinya. (klik sini untuk entri)
raja azmi
P/S : Ada plan nak gi korea next year?? Deal terbaik Abg Nara rasa sebab diorang naik MALAYSIA AIRLINES!! Lawati FB dan LIKE pelangibonda utk package terbaik dari ladang! SEGERA KERANA SEAT SEMAKIN BERKURANGAN.


4. Raja Azmi dan Jalani Sidektidak tahan dengan tohmahan lelaki dayus terhadap suaminya, Raja Azmi mengambil keputusan untuk bercerai. Mahligai yang dibina selama 28 tahun dan diceriakan dengan kehadiran 3 orang anak akhirnya hancur berkecai jua. (klik sini untuk entri)
aa5. Jimmy Shanley dan Suhaila – setelah turun naik mahkamah untuk tempoh yang agak lama, akhirnya pada bulan Oktober 2012, Jimmy Sah menceraikan isterinya dengan tebus talak RM1. Perkahwinan mereka berdua telah dikurniakan seorang anak comel. Walaupun sudah bercerai, prosiding untuk menentukan hak penjagaan anak masih lagi berjalan buat bekas suami isteri ini. (klik sini untuk entri)
ady putra6. Ady Putra dan Aida – terkejut semua peminat Ady Putra dibuatnya apabila secara tiba-tiba Ady Putra memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya sekitar bulan May 2012. Terus timbul khabar angin yang menyatakan kewujudan orang ketiga di dalam hubungan mereka. Namun syukur diucapkan apabila Ady Putra dan isterinya tidak meneruskan hasrat mereka itu. Kini mereka bahagia di samping seorang anak angkat. (klik sini untuk entri)

sham kamikaze

7. Sham Kamikaze dan Farazila – awal September lepas, Farazila memfailkan permohonan cerai dengan alasan hanya bahagia pada tahun pertama sahaja. Menurut Farazila, berlaku beberapa konflik dalaman yang hanya diketahui oleh dirinya sahaja. Akhirnya, pihak mahkamah mengesahkan yang Sham dan Farazila telah pun bercerai sejak tahun lepas kerana tidak merujuk penceraian yang dilakukan dengan mahkamah. (klik sini untuk entri)
erra
8. Erra Fazira dan Engku Emran – sehingga ke hari ini pasangan ini masih bergelar suami isteri. Namun tahun 2012 menyaksikan khabar angin yang bertiup kencang tentang masalah rumah tangga mereka. Namun Engku Emran tampil dan bersumpah bahawa Erra Fazira adalah the one and only isterinya sementara Erra pula meberitahu yang Emran masih suaminya dan ayah kepada anak mereka.. (klik sini untuk entri)
sasha

9. Sasha Saidin dan Salyo penceraian antara suami isteri ini telah berlaku pada bulan Julai 2012. Semasa lafaz cerai dilakukan, Sasha dan Salyo kelihatan mengalirkan air mata. Tidak wujud kasih sayang dan tiada kesefahaman menjadi punca penceraian mereka. (klik sini untuk entri)
ria10. Rita Rudaini dan Aidil – kemelut rumahtangga yang tidak habis-habis sejak tahun lepas lagi. Bukan sahaja melibatkan mereka berdua, malah nama seperti Ayu Raudhah, Jue Aziz dan Zaquan Adha turut diheret sama ke dalam kemelut ini. Sehingga ke hari ini, perbicaraan kes mereka masih lagi berlangsung di mahkamah. (klik sini untuk entri)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...