Written by serenity | June 3rd, 2013

Kadangkala kita membaca berita mengenai gadis-gadis yang hilang begitu saja. Kadangkala kita tidak tahu ke mana mereka pergi. Ada kes gadis lari dari rumah, ada pula yang dilarikan.

Filem Lari yang bakal ditayangkan di pawagam 6 Jun ini, bagaimanapun memaparkan kisah seorang abang yang cuba menyelamatkan adik perempuannya yang dilarikan ke seberang untuk didagangkan menjadi pelacur. Pelbagai liku dan cabaran dilalui oleh Khaliff, watak yang dibawakan oleh Aaron Aziz, semasa penggembaraannya ke seberang untuk menyelamatkan adiknya.


Filem “Lari” dikategorikan sebagai filem aksi, diarahkan oleh Ahmad Idham dan diterbitkan oleh Excellent Pictures. Kalau diperhatikan dari sudut jalan cerita, ianya kelihatan berlainan dengan filem-filem arahan Ahmad Idham sebelum ini yang lebih berkisar kisah mat rempit dan bergenre komedi.



Filem ini turut manampilkan Dira Abu Zahar, Erin Malik, Erry Putra dan lain-lain. Lebih menarik lagi, aksi-aksi yang ditampilkan dalam filem ini diarahkan oleh pengarah lagak ngeri dari Thailand yang memang terkenal dengan penghasilan filem aksinya.


Jadi, jika berkesempatan, apa kata beri peluang pada filem Lari untuk menyampaikan mesejnya pada anda? Mungkin filem Lari akan menampilkan sesuatu yang baru dan berlainan untuk peminat filem Malaysia?

Kredit gambar, Facebook Filem Lari.









20 responses to (10 GAMBAR)Filem Lari Bawa Isu Pemerdagangan Manusia

  1. Amoi Comel says:

    Abang Nara bila nak update gambo Izzue Islam kawen… Tak sabo nak baca kawan2 komen… Hehew :-p

    0

    0
    • anon says:

      macam cerita taken je?

      0

      0
    • minah jambu says:

      bodohla citer melayu ni. sebab kebodohan:

      1. suka cedok idea daripada filem luar. idea sendiri tak boleh pikir. nampak sangat citer melayu ni suka recycle citer oversea.

      2. suka sangat ambik pelakon yang sama je. alik2 muka ni je berlakon. macam menyampah je aku tengok

      lepas tu kalau filem x laku, mulala cakap orang malaysia x skong citer malaysia. nak sokong macam mana kalau citer pun macam sampah. OK BYE

      0

      0
    • BUNKFACE NO.1 says:

      skema betul tajuk entry ni…patut pun entry ni tak laku, Nara kau jangan lah jadi orang yg membosankan, tajuk tu ubah..tak menarik langsung tajuk mcm tu “Pemerdagangan Manusia” WTH ! tengok lah brapa jer org yg masuk entry ni, kesian tol Nara kat kau entry ni tak laku

      0

      0
      • anonymous says:

        sebab tu bukan abg nara yang tulis.. serenity.. sebab tu cara penulisan ape semua.. lain… kalau abg nara die akan bahasakan dirinya kat dalam artikel tu..takpun diakhir ayat artikel biasanya akan disusuli dengan ayat “tak gitu?”…haha..

        0

        0
  2. aku laaa tu says:

    oh aaron..ko sgt hottttttt

    0

    0
  3. Anonymous says:

    dahla tu mat harun oi..
    mamat cepat sentap dkat instagram..
    mentg2 da dpat PR,trus nampak true colour gitu uolss…

    0

    0
  4. iza says:

    o ni macam citer hindustan lakonan ashay kumar ni Talash

    0

    0
  5. ff says:

    trailer gempak. action pack. okayy akan tonton di pwgm.

    0

    0
  6. Hoihoihoiu says:

    Hero lain ada tak ? Asyik muka Aaron je

    0

    0
  7. ulala says:

    tiru crita TAKEN!

    0

    0
  8. Mirai Suenaga says:

    Tgk muka Aaron ni terus tak lalu. KILKILKIL!!!

    0

    0
  9. kak senah says:

    oh aaron !

    0

    0
  10. Tiru says:

    TAKEN (Liam Neeson)

    0

    0
  11. tasya says:

    citer ni ada sama ngan citer indon Merantau Warrior x….

    0

    0
  12. Dolton Bibiyana Layola Al-Muslem says:

    film sampah si bangla ahmad idham??? low kelas….kasi tiket free pun i buat bungkus belacan je tiket tu,..,watever

    so low kelas….hanya warga PPRT felda je yg tengok film begini..

    0

    0
  13. iris says:

    Alamak… English translation yang sangat sedih. “My life has ruined” ???
    Kalau nak jadi filem yang bagus, pilihla translator yg bagus. Buat bangsa lain gelak kat kita je.

    0

    0