Written by AbangNara | July 18th, 2017

Baru-baru ini ketika menghadiri open house hari raya, sempatlah Abang Nara berborak dengan kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa. Salah seorang daripada mereka baru sahaja pulang daripada bercuti di Beijing. Katanya Beijing memang best dan wajib dilawati sekurang-kurangnya sekali. Teruja mendengar ceritanya, balik rumah Abang Nara terus Google “tempat menarik di Beijing”.
beijing

Dan sesungguhnya memang banyak tempat menarik dan best di Beijing untuk dilawati. Kalau pergi sehari dua memang tak cukuplah nak cover semua tourist attractions di Beijing. Bangunan bersejarah banyak, makanan pun banyak yang menarik untuk dicuba, mercu tanda yang gah dan tempat shopping pun best. Antara yang mencuri perhatian dan buat Abang Nara terasa nak terbang ke Beijing hari ini jugak ialah:-

1.Tembok Besar China (Badaling)

beijing
Tak lengkap lawatan anda ke Beijing sekiranya tidak menjejakkan kaki ke Tembok Besar China/Great Wall of China bahagian Badaling ini. Seperti yang anda semua ketahui, Tembok Besar China adalah salah satu daripada 7 keajaiban dunia. Tembok Besar China Badaling ini telah dibina ketika Dinasti Ming dengan kepanjangannya mencecah 12 kilometer dan merupakan bahagian yang paling popular di kalangan pelancong. Pemandangan selepas memanjat ke puncak pasti akan membuatkan anda terpukau dan jatuh cinta dengan Beijing.

beijing

2.Forbidden City

beijing

Forbidden City di dalam bahasa Melayunya adalah “Bandar Terlarang” namun ia bukanlah bermakna anda dilarang melawatnya. Setiap tahun, dianggarkan kira-kira 14 juta pengunjun menjejakkan kaki di sini untuk melihat dengan mata sendiri keunikan seni bina, kebesaran serta keluasan Forbidden City yang dibina ketika zaman Dinasti Ming. Terletak di tengah-tengah kota Beijing, Forbidden City dibuka setiap hari kecuali Isnin dan boleh dilawati dengan menaiki pengangkutan awam. Salah satu perkara yang wajib dilakukan apabila melancong ke Beijing adalah bergambar di hadapan Forbidden City ini.
beijing

3.Temple of Heaven

beijing

Dibina dari tahun 1406 sehingga 1420, Temple of Heaven mempunyai keluasan sebesar 2.73 kilometer persegi dan mempunyai 3 bangunan yang cukup unik. Ia dibina ketika zaman Emperor Yongle dan telah disenaraikan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1999. Tujuan pembinaan Temple of Heaven adalah untuk para raja berdoa kepada Tuhan agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, cuaca yang baik dan juga umur yang panjang. Selain daripada 3 bangunan ini, kawasan sekitar Temple of Heaven juga telah digazetkan sebagai taman untuk orang awam beriadah. Jadi memang sesuai sangat bawak anak-anak serta keluarga berjalan-jalan di sini.

beijing

4. Peking Duck

beijing

Ok cukup tentang bangunan dan tempat bersejarah. Meh Abang Nara cerita tentang makanan di Beijing pula. Salah satu makanan yang wajib dicuba apabila anda tiba di Beijing ialah “peking duck”. Kelazatannya memang menjilat jari. Jangan risau bab halal kerana banyak restoran yang menyediakan “peking duck” halal di Beijing. Kawan Abang Nara cakap, sekali dah pekena “peking duck” Beijing, memang ketagih dibuatnya. Lazat yang amat.
beijing

5.Sugar-coated haws

beijing

Apabila anda berjalan-jalan di sekitar kota Beijing, confirm anda akan terjumpa dengan “sugar-coated haws” ini. Dikenali sebagai “Tanghulu” di dalam bahasa China, “sugar-coated haws” adalah sejenis makanan tradisional rakyat China di mana buah-buahan seperti “haws”, strawberi, oren dan kurma akan dibalut dengan gula, coklat atau bijan. Ala macam kita makan buah jambu yang cucuk dengan lidi tue la. Lebih kurang samalah konsepnya. Rasanya pun boleh tahan lazat.

beijing

6.Sweet-pease pudding

beijing

Buat penggemar dessert, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati kesedapan “sweet-peas pudding” yang cukup popular di Beijing. Puding ini diperbuat dari kacang jadi anda tidak perlu risau bab kehalalannya. Ia sering dimakan sebagai tanda ketibaan musim “spring”. Rasanya? Sekali dah makan, pasti nak lagi.

beijing

7. Wangjing SOHO

beijing

Sekiranya anda menganggap Beijing hanya dipenuhi dengan bangunan bersejarah, maka anda silap 100%. Jangan terkesima melihat keunikan rekaan Wangjing SOHO yang mempunyai ruang pejabat, shopping kompleks dan tempat tinggal. Siap dibina dan dibuka pada 2014, Wangjing SOHO ini mempunyai keluasan 115,392 meter kaki persegi dan pasti akan membuatkan anda tercengang.

beijing

8. Wangfujing Pedestrian Street

beijing

Khas untuk kaum Hawa yang suka bershopping, jangan lepaskan peluang untuk menghabiskan masa anda di Wangfujing Pedestrian Street untuk membeli pelbagai cenderahati, barangan berjenama dan juga window shopping. Ia adalah salah satu tempat shopping yang paling popular di Beijing. Jangan lupa untuk mencuba pelbagai makanan yang dijual di gerai-gerai sepanjang jalan ini.

beijing

9. Dashilar Street
beijing

Sekiranya anda ingin bershopping sambil melihat keunikan seni bina bangunan di Beijing, Dashilar Street adalah tempat yang wajib anda kunjungi. Hampir kesemua bangunan di sini dibina ketika zaman Dinasti Ming dan dijaga rapi sehingga hari ini. Silap-silap anda tak jadi shopping sebab asyik berhenti ambil gambar di bangunan-bangunan yang sangat unik ini.

beijing

10. 798 Art Zone
beijing

Bersiap sedia untuk terkesima dan terlopong mulut secara automatik apabila anda melawat Beijing 798 Art Zone ini. Pelbagai hasil seni yang unik, kreatif dan menarik dipamerkan di kawasan yang pernah menjadi kilang ketenteraan ini. Sila pastikan handphone anda cukup bateri sebab banyak “port” ambil gambar yang awesome di sini.
beijing

Banyak lagi sebenarnya tempat-tempat dan benda-benda menarik yang ada di Beijing. Tapi cukuplah Abang Nara senaraikan 10 sahaja. Antara tempat lain yang wajib dilawati ialah Ruins of Yuanmingyuan, Nanluoguxiang, Summer Palace dan Ditan Park. Abang Nara rasa sekurang-kurangnya perlu 5 hari untuk habis pusing satu Beijing.

Sekiranya anda dah teruja, inilah masa terbaik untuk menempah tiket ke Beijing kerana AirAsia X kini sedang mengadakan promosi istimewa ke sana. All in fare one way bermula dari RM299 sahaja. Syaratnya kena booking sebelum 30 Julai 2017 dan terbang dari sekarang sehingga 8 Februari 2018. Untuk makluman, penerbangan AirAsia X ke Beijing adalah sebanyak 2 kali sehari. Maknanya memang ramai rakyat Malaysia yang suka bercuti ke sana.

Jadi tunggu apa lagi? Jom kita sama-sama terbang ke Beijing bersama AirAsia X. Maklumat lanjut layari www.airasia.com.

28 responses to 10 Benda Ini Buat Abang Nara Nak Terbang Ke Beijing Hari Ini Jugak

  1. Anonymous says:

    Aku tak da duit nk gi oberseas. So aku Explore Malaysia dulu. Kan kan? Where is minah jambu?

    0

    1
    • Anonymous says:

      Japan is the best. Korea no 2 and Taiwan no 3. Last is China. Dont waste your money. Go to Japan. I will visit there in a heartbeat!

      0

      0
      • Anonymous says:

        Tembok buruk ni ke? Laaa, baik gi Borabudur, Angkor Watt, Piramid atau Taj Mahal. Lagi cantik…

        0

        0
        • wekkkkkkk says:

          ada bau yg sangat tengik….aku akan mengalami hamil fasa yg pertama kalau tercium bau tengik di tmpt ni..

          0

          0
        • Kak Nitra says:

          Korean byk handsome. Cina aku x taste. Hamis la pekan2 dia. Kasi free pun x mo. Dah la susah cari mknan halal. Semua papantanda tulisan Cina. Pening.

          0

          0
        • wekkkkkkk says:

          ada cina mau kasi “free meh”…
          sbb tu kalau leh sekolahkan anak di SJK (C)…kawan cina saya di sini ckp…kalau nk anak belajar mandarin…kena umur 3 atau 4 tahun dh start belajar…kalau dh umur 6, 7 tahun hantar…ni pyh nk belajar..dia kata le..ataupun dia “bangkang” kot , sbb dia kata, kalau anak melayu masuk SJK (C)…mana lagi kerusi utk anak2 cina…tu yg dia kata…

          dia kata..aku cuma kongsi citer je..

          0

          0
      • Pak Aji Man says:

        Boikot China sebab kekejaman keatas Tibet. China ni talam dua muka. Kerana China lah Korea Utara makin melampau. Depan lain belakang lain komunis semua ni.,.

        0

        0
  2. Anonymous says:

    Gossip basi atau artis Msis mogok. Pehal gossip mcm karipap malas ni. Hish, rimasss!!

    0

    0
  3. ROCKANOVA says:

    Beijing tak best.. 1st and last aku pegi.. klu org bg free pun aku tak nak pegi lagi dah.. SERIK.. baik jalan dalam Malaysia jer… Klu nak pegi sgt oversea, pegi lah Australia..

    4

    0
    • ... says:

      It’s a shame you can’t trust tour guides but this is the reality of China ?? #dontvisitbeijing

      1

      0
      • Anonymous says:

        I was in Hong Kong and people are rude. Unless you go to tourists places. Never again. Korea is better.

        0

        0
    • Tina says:

      Aku suka Thailand dan Australia. Singapore mahal tapi best. Indonesia murah tapi makan xkena selera aku xsedap kecuali Medan, Sumatera! Mungkin terbiasa dgn masakan Thai. Selatan Thai byk Islam. Puas makan seafood. China aku x suka. Biadap sikit beb. Dah la pengotor dan gelojoh. Tak suka lah!

      0

      0
  4. Anonymous says:

    menyesal aku g Beijing duit abis depa duk bawa tempat yg kerajaan cina suh pelancong membeli wajib

    2

    0
  5. Mat Terengganu suka nasi ayam says:

    x hingin aku gi Beijing… kalau Asia lebih suka gi Japan & South Korea.

    1

    0
    • Anonymous says:

      Korea best giler! Diaorng ada class tak mcm China. Pastu cakap jerit2. Tempat high class ok tapi masuk pendalaman sikit mmg Ah Beng. Lebih teruk dri cina msia. Kawan aku cina msia pun xsuka China.

      0

      0
  6. Dean winchester says:

    Klu nk g beijing, cukupla sekali je, tu pon utk merasa. Aku g ngan family rmi2 ujung bulan 12. Apa yg xbest nya beijing ni, sehari tu mesti diorg peruntukkan utk g tmpt yg kerajaan china dh tetapkan, pastu paksa2 beli. Klu xnk beli, masam mencuka. Pastu diorg akan bwk kita g tmpt yg mahal dl. Nk dkt2 blik tu br dia bwk ke tmpt yg murah, tp masa tu duit dh byk habis dh pon.Beijing tu best jugak la pergi, mcm tembok besar cina n forbidden city, utk org yg suka bab2 sejarah ni. Sblm g, kena gugel2 n baca pengalaman org lain, sb ada yg kena tipu especially kat tmpt mutiara tu, penipuan diorg sebijik mcm yg aku baca kat pengalaman org lain. Diorg ulang benda yg sama je. Tp sekali tu jela, xmo pi dah, haha

    3

    0
  7. farahlola says:

    I dah p Beijing.and mmg pengalaman menarik untuk I..sume tempat mentioned I dah p..and dah naik the great wall pun sampai atas…7 keajaiban di dunia..gila xmo g tempat tu…hahahha..
    cuma tang kebersihan tu xdapat nak tolong..
    sila bekal botol air ke mana saje sepanjang kat sn ..sbb kat sana xde paip..and kalu p musim sejuk mmg best…kalu u dapat ke nashan ski (tempat main ski) lagi la syok…
    selamat bercuti..!!

    0

    0
  8. Anonymous says:

    ooo lagi satu..tips nya..kalu nak beli brg jgn terus setuju ngan harga dia bagi tau..tau..
    harga dia bagi tu..kita tawar 50%
    dari harga 50% tu pulak kita tawar lagi 50%
    ada faham…???so pepandai la korg..
    dorg saje letak riban@..harga x masuk akal..ko buat2 kuar dr kedai dia..dia panggil ko balik..nego sampai jadi..hahahha…

    0

    0
  9. farahlola says:

    ooo lagi satu..tips nya..kalu nak beli brg jgn terus setuju ngan harga dia bagi tau..tau..
    harga dia bagi tu..kita tawar 50%
    dari harga 50% tu pulak kita tawar lagi 50%
    ada faham…???so pepandai la korg..
    dorg saje letak riban@..harga x masuk akal..ko buat2 kuar dr kedai dia..dia panggil ko balik..nego sampai jadi..hahahha…

    0

    0
  10. zura33 says:

    ooo lagi satu..tips nya..kalu nak beli brg jgn terus setuju ngan harga dia bagi tau..tau..
    harga dia bagi tu..kita tawar 50%
    dari harga 50% tu pulak kita tawar lagi 50%
    ada faham…???so pepandai la korg..
    dorg saje letak riban@..harga x masuk akal..ko buat2 kuar dr kedai dia..dia panggil ko balik..nego sampai jadi..hahahha…

    0

    0
  11. melati says:

    Tak payah nk pegi jauh , kt Malaysia ni pun ader 3 Benda ajaib…!!!
    no 1″ tgk madu tiga , bini kena tipu..!!! no2 ” tgk 3 abdul keluarga kena tipu..!!! No3″ TGK TV3 SEMUA KENA TIPU…..waakakakakkakakaaa

    0

    0
  12. titijatuh2018 says:

    dah bosan tulis gosip artis sana sini semua artis bercerai, bertunang, skandal artis, bukak tudung dan semua hal rumahtangga artis baru nak start dgn tajuk melancong oleh abang Nara ………baru terpesong sikit pembaca dari dunia asyik mengumpat mengutuk2 orang pergi kepada dunia lain plakkkkk ………. berbeza ke tidak perasaan bab mengutuk orang dengan menyebut ttg keindahan alam ?????

    0

    0
  13. Anonymous says:

    I love Korea dan Jepun. China is the last on my list. Japanese are kids/friendly. And they respect foreigners. Lots to see. China i will skip! Not my favorite country!

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Pada aku tengok Great Wall baik aku pergi Mekah buat umrah. Pak Arab elok2. Tengok Kaabah lagi syok! Tenang rasa!

    1

    0
  15. lol says:

    ABAM NARA NI TAK HEMSEM PUN. DAH LA SUKA GOSIP ORG

    1

    0
  16. Anonymous says:

    Beijing tak best. Seoul dan Tokyo lagi best. Takde mende pon kecuali Tembok bodoh tu je!

    0

    0
    • wekkkkkkk says:

      Tembok tu adalah ” kubur yg terpanjang di dunia ” ada dokumtari pasal pembinan Tembok Besar tu di TV…byk org mati masa pembinaannya dn di kuburkan kt situ2 jugk…mestilah Scary…”waktu mlm ” boleh x naik ke tembok tu…mesti siang je kan..

      0

      0
  17. Anonymous says:

    Buang duit betol tu. Jepun paling berbaloi. China ni species pengotor. Bangsa yg kureng kesedaran sivik. Serik…pergi tempat lain.

    0

    0

Leave a Comment

Optional