Written by AbangNara | December 23rd, 2014

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tahun 2014 akan meninggalkan kita. Seperti biasa Abang Nara akan membuat beberapa artikel ‘recap’ untuk kita mengimbau kembali apa yang terjadi sepanjang tahun ini. Di kesempatan ini juga Abang Nara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca dan pengomen BeautifulNara kerana terus aktif memeriahkan blog ini. Kehadiran anda sememangnya membuatkan Abang Nara teruja (terutama yang bagi komen dengan penuh ilmiah).

10 artikel

Setiap tahun ribuan komen diterima daripada anda semua untuk artikel-artikel di BeautifulNara. Sesetengah artikel mencapai ratusan komen dengan pelbagai pendapat diutarakan. Apabila ada kesempatan, Abang Nara akan membaca komen-komen tersebut. Kadangkala kagum juga dengan pendapat bernas sesetengah pengomen. Apa pun, marilah kita saksikan 10 artikel paling popular (paling banyak komen) di BeautifulNara sepanjang tahun 2014.

hanez surayaBoleh dikatakan tahun 2014 adalah milik Hanez Suraya yang dihimpit kontroversi bersama suami orang, Romie. Daripada 10, 3 artikel berkaitan pelakon ini mendapat komen terbanyak. Untuk makluman, hubungan Hanez dan Romie sudah pun tamat. Hanez sendiri sudah meminta agar dirinya tidak lagi dikaitkan dengan bekas suami Liyana Manan itu. Agak menarik untuk tahun ini apabila surat terbuka daripada seorang pembaca BeautifulNara mendapat reaksi yang hangat daripada anda.

rita rudaini

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, artikel yang berkaitan dengan Rita Rudaini pastinya mendapat sambutan hangat daripada para pembaca BeautifulNara. Kemungkinan besar ramai yang boleh merasakan kesakitan dan kepedihan hati ibu tunggal ini. Nama Abby Abadi juga turut menjadi perbualan sekali lagi apabila perkahwinannya gagal buat kali kedua. Tambah kecoh apabila bekas suami Abby mendakwa dicederakan oleh pelakon ini.

fizo omar

Selepas berkahwin, Fizo Omar dan Mawar menerima banyak teguran dan kritikan daripada mereka yang gemar mencari kesalahan pasangan ini. Adatlah bila pasangan sama cantik sama berjaya, pasti ada yang cemburu. Apa pun, semoga tahun 2015 dunia hiburan Malaysia akan berkurangan daripada segi kontroversi sebaliknya lebih dipenuhi dengan kisah kejayaan. Nantikan rangkuman daripada Abang Nara untuk kisah-kisah paling hangat sepanjang tahun ini. Minggu ini kita buat ‘recap’ tanpa henti. Selamat membaca.

15 responses to 10 Artikel Paling Popular Di BeautifulNara Sepanjang Tahun 2014

  1. aKu awek Chappuis says:

    Rasanya artikel pasal Chary; Chappuis kot paling femes … dia betul2 mencetuskan fenomena di penutup tahun 2014… Dah la hensem, pndai main bola, comel, tak sombong pulak tu.. suka2 sgt kat Charyl

    0

    0
    • Anonymous says:

      ahh ngko, dah la gemok ade hati nak berboyfren kan charyl…

      ehhh kokping pun masuk dlm list uollss!!

      0

      0
      • aKu awek Chappuis says:

        kau kenal aku ke nak kata ku gemok? keh keh keh

        best moment aku dapt bergmbar dengan Charyl kat SNBJ sabtu lepas, Ya Allah baik gilerrr dia, sanggup tunggu peminat beratur nak selfie dengan dia.. W/pun lepas main bola dengan badan peluh-peluh tapi bau badan dia sangat wangi… Perfume apa entah dia pakai..

        0

        0
        • Anonymous says:

          aku x kenal tp aku dengki ngan ko sbb tu aku sengaja fitnah ko gemok! ahahah… demmitt kooooo amik gambo ngan dia!! untungla ko weiii

          0

          0
        • mawar says:

          Beruntungnya hang dapat selfie dengan Charyl . aku pernah kena reject nak bergambar dengan player Malaysia waktu Malaysia juara 2010. Dah la kawan2 aku ramai time tu, bila kena reject sadis sungguh hati.. maluuuuuuuu woiii!

          0

          0
        • Annie says:

          Mawar… buat apa kau nak malu ?
          Setakat player Malaysia ni…eeeee tak hadap lah. Main bola lembik.

          0

          0
        • karipap sardin says:

          @mawar
          sape player malaysia yg reject selfie dengan kau ??
          lupakan aja player malaysia yg perasan famous tu…baik kau pergi selfie dengan charyl aja, charyl tak sombong. dah lah handsome..baik pulak tu.

          0

          0
        • mawar says:

          perlu ke bagi tau … kang aib pulak nanti.. selepas insiden hari tu, aku jumpa penyanyi paling aku minat kat pavillion pun aku just senyum je dari jauh , nak bergambar takut kena reject lagi… sape2 yang pernah kena mcm aku ni je boleh faham…. aku dah fobia nak request2 bergambar dgn public figure.. :“`(

          0

          0
        • miss pinky says:

          kesiannya kau Mawar asyik takut kena reject, self confident tu kena ada.
          btw kalo aku, aku tak heran pun retis2 ni….kalau dia nak reject lantak lah. Bukan dia yang bagi aku makan. So, tak ada aper2 effect pada aku.

          0

          0
        • 100% stuju dgn pinky says:

          Setuju dngn pinky. Keyakinan Diri kena ada. Bkn smua org sama. Tp klu nak minta bergambar lihatlah keadaan indvdu itu dulu. Klu sy kena reject, sy mmg muka selamba. Sy akan ucapkan pd org tu ” Trimakasih sbb reject sy “. Terus terang jer lps tu berlalu. Spt pinky kata bkn mrk yg put food on our table. Artis sy mmg tak minat tp lbh kpd tokoh yg sy minat semestinya bkn tokoh politk. Teringin nak selfi dgn Doc Mehmet oz. Hnya dlm mimpi je lah.

          0

          0
      • Anonymous says:

        mohon semua #hatersbersatu check in beautifulnara! hahahahah kelles hashtag uolls utk kokping

        0

        0
    • Diva says:

      mak aiiiiii hensemnyeeeeeeee

      0

      0
  2. hamistengik says:

    waaa kisah hamis hanto raya paling fooofular kt blog BN neh..tahniahhhhhh hamis aku bg doploh taik bintang kt kau!!ok harap next year ko berambus dr industri ney ye dik..taun ney ko dh pemes so taun dpn ko balik kg majukan bisnes shampoo ko lah ye..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Nara tolong listkan artikel ko yg paling “tak dapat perhatian tahun 2014” at least boleh tahu gak artikel yg macamana para pembaca ko tak interested nak komen n ambik tau…

    baru nampak skit satu finding yg betul betul rare.. boleh gak ko improve artikel artikel tu for the next coming years… sekadar pandangan

    0

    0