Written by AbangNara | May 27th, 2010

filem lagenda budak setan

Lagi 1 minggu aje lagi untuk filem Lagenda Budak Setan ini dimainkan di pawagam. Kami dah tak sabar-sabar nak serbu pawagam 2 Jun nie. Tak sabar nak tengok adaptasi novel Melayu terhebat yang pernah kami baca di layar perak. Mesti gempak habis. Tengok poster dia pun dah mantap semacam je.

Untuk yang tak pernah tengok trailer Filem Lagenda Budak Setan, sila klik sini untuk membuatkan anda teruja untuk ke wayang. Entah kenapa kami dapat rasakan yang filem ini bakal menggegar wayang dan mungkin akan memecah rekod dari segi kutipan filem paling tinggi. Adakah anda tak sabar seperti kami jugak?

Untuk anda yang tak pernah baca novel Budak Setan, ini ada sedikit sinopsis tentang filem Lagenda Budak Setan ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Nasihat kami, jangan lupa bawak tisu secukupnya semasa menonton filem ini nanti.

P.S: Selain pikir problem bajet kahwin, orang nak kahwin ni memang selalu pening kepala nak pilih warna untuk majlis perkahwinan diaorang.

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia.

Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihkan ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.

51 responses to 1 Minggu Lagi Untuk Filem Lagenda Budak Setan

  1. natts says:

    confirm aku p tgk!! my peberet novel aku sejak sekolah lagi…eeiii besttttnyaa..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • tengok preview LBS ni memang gempak ..pelakon semua best-best..ada farid kamil, lisa surihani (of course)…que haidar dan fazura jugak..ini yang nak membuak2 semangat di hati nak gi tengok ni..

      (Artis) Weh, Korang Tolong Hantar Dia Ni Gi Penjara Balik.. Adoii!!

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • jokong mas says:

        rasa pun cam best..bagus lisa surihani..!!tak perlu nak dedah sana sini nak tarik orang ke panggung..just jiwai watak dan beri lakonan yang berkesan..tak macam sorang pelakon a.k.a pengarah tu..filem dia..heroin pun dia..dedah sana sini sampai nak tersembul keluar semata2 nak tarik org ke panggung..tapi citer hampeh jugak..nak tertido aku tengok..bosan tengok anak dara tua yang tak sedar diri…

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  2. Comom best…
    Tmgok Trailer je dah tao…!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  3. insuraya says:

    mcm best je..nk tgk la..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  4. Norulhuda says:

    nk tgk gak filem ni tapi mcm x 100% jln citer dlm novel tu jer… -_-”

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • cokotopmekdi says:

      I setuju ngn u. dalam trailer nampak macam ayu n kasyah kenal kat kolej jerk tapi hakikatnye dlm novel sebenar dorang kenal time sekolah menengah. kalo dorang wat scene time sekolah, geng kasyah yg anti-pompuan ngn geng black lady yg buat kecoh kat sekolah. kompom lagi gempak. :)

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  5. ReD says:

    serius nak gi tngok filem ni nanti ;)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  6. hampeh says:

    BG NARA, LEH COVER SKIT PASAL SHIQIN KAMAL??

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  7. PakciQue says:

    Takut juga bila muvee yang dah terlebih exposed memberi kesan yang tidak baik kepada filem ini.

    Dikhuatiri expectation penonton menjadi semakin tinggi bila nak pergi menonton.

    Tapi, bila cerita dah gempak, lakonan dah mantap, namun sebab tak capai jangkaan penonton, filem itu tetap akan dicemuh.

    Namun, semoga sukses utk LBS. Dengarnya skrg tgh shooting utk siri tv plak…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  8. Piston Pecah says:

    pergh..kenapa ayu buat pembedahan plastik ek…sure kasyah tak kenal dia lepas nih..haha

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  9. mieL says:

    wah…citer nie macam best jer…aq mesti nak tgk!!!!!!!!!!!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  10. Zaim Habib says:

    Sonoknya…tak sabar…agaknya citerr nie dlm wayang sampai berapa haribulan ekk sebab kiterr balik Mesia 24/6 nie… ala…tak sabarnya… hope by tat time still ada..nk melepas rindu tgk film msia plak… All the best!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  11. puteriaquarius81 says:

    aiyakkk naper bang nara explain smpai abis? hihi x surprise.. mmg dh lupa jln crita novel ni tp dh x lupa jdnya bila bang nara crita smuanya… kui kui… xpela, selamat menonton..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  12. pooo... says:

    best!best!abest!…hari tu aku gi wayang …lihat promosi ni besar2 kat pintu masuk..ingat nak lihat…
    tengok tajuk bukan main bezt lagi……………………….!!!!!!!!!..
    di sebabkan excited punye pasal lupe nak lihat tarikh..terus pergi kaunter ambik teket budak setan…alih2…
    “adik2…cite ni blom kuar kat panggung lagi dik”………………..
    errmm…hampa rasa hati…huhuhu….tapi xpa..xlama lagi aku serang panggung.hahahaha……….. :)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  13. fikir says:

    adush.. aku mbesar ngan citer neh. taun 85, tp citer dia mcm seswai smp 2010 la ni.. penulisan yg baik, jln crite yg hebat.. adik aku pun bleh nangis2 bce novel ni.. hopefully movie nya pun gempak cm novelnye.. tp aku rs xde tandingan novel ni.. org yg bace bleh trase cam watak2 dalam citer tu..

    KASYAH+AYU+FRESNO+KATERINA=ATHIRAH? sape bleh lupa beb..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • cekwa says:

      yup!!mmg kite membesar dgn novel ni..bile baca dia punye feel tu laen mcm..tersentuh smpai lubuk ati..

      KASYAH,AYU,AZMI,KATERINA,ATHIRAH,ABG LONG…..mmg tak leh lupe…

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  14. TrailerMore says:

    So great..!!!
    Best gler trailer die..!!!
    Watch more here

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  15. beezeebowdy says:

    salam…
    kenapa ye PEMBIKIN filem kita ni TAK PEKA nak buat research tentang grammar Bahasa Melayu ni… mmg aku ngaku aku pun guna bahasa rojak jugak tapi ini filem kita.. filem melayu… LAGENDA bukan grammar yg betul… yg betul mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (terbaru & digunakan) ialah LEGENDA… L.E.G.E.N.D.A.
    terkilan….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  16. DR YG AKU TUNGGU says:

    KENAPE CITER 2 ALAM YG DUK SEBOK IKLAN DKAT KOSMO 3 BULAN SINCE AKU D KOLEJ LG..XKUAR2 EK HARINI???TOLONG BAGI PENJELASAN BANG NARA..AKU NK TGOK..APE LA HEBAT SGT CITER TU SMPAI PECAH PANGGUNG 12 JUTA TARGET NYA…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • beezeebowdy says:

      eh ye ke..?? punye la MENCI aku ngan datuk doktor tu sampai aku tak ambik tau langsung pasal cite pecah panggung al kesahnye tu!! kalau korang sume join dia kat facebook lagi la korang nak termuntah hari2 dok PUJI DIRI SENDIRI!! jangan la tanya aku apa dia.. baek korang gi sendiri kat sana tengok & baca dia nye fan page tuh… uuwweekkkss uuwweekkss!! tak pernah aku jumpa MANUSIA CIPTAAN ALLAH yg PUJI DIRI SENDIRI SEHABIS BAEEEKKKK PUNYE LA…. siap kata ALLAH BAIK DGN DIA… huhuuuuu :-PPPP

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  17. shaz says:

    aku mintak lah sesangat pada producer atau director di malaysia, tolong lah jgn di ulang tayang muka2 pelakon2 yang dalam setahun kat panggung asyik muka dia je.. dah tak cukup pelakon ke????????? AKU BOSAN!!!!!!!!!!!!!!! baik2 lakonan dorang bagus, jadi tak menarik.. paling maximum pon 2 kali dalam panggung je lah.. jgn lebih dari tu.. dah takde speciality… ke, producer atau director kat m’sia takut filem dorang tak laku?????????? …

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  18. Shieda says:

    Tak sbr nk tunggu nie..
    Sanggup blk msia semata2 nk tgk citer nie..
    (^^) hope x hampeh lah huhuhuu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  19. xxxx says:

    wont be hampeh punya. i pon da tak saba da ni bila nk kua. huhh countdown babe ~~

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  20. putput says:

    tahnye dr rozmey tuh.ak rase citer 2 3 alam die tu tipikal nye movie melayu x laku.tahpape.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • beezeebowdy says:

      tu lah.. ;-PPP mula2 dulu aku tabik jugak kat dr rozmey ni dgn produk2 dia tu sbb sbg org melayu aku bangga ngan usahawan melayu yg berjaya nih… tapi lama2 dia mcm naik syekh, masuk bakul naik lif & tak habis2 post cite dia kat facebook tu – cite dia tak habis2 puji diri sendiri kata dialah satu2nya ikon biznes melayu… boleh kaaa….???? dah lebih dr takbur & riak aku tgk mamat tu dah… terus HILANG respek aku!!!

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  21. gosipgurl_fea says:

    ?(??????•??)? ?(×?×)? MESTI TGKKKKKKKKK!!!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  22. mcm best je cite ni…xkesahla farid kamil berlakon pon…nk wat camne..die je yg top skrg…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  23. gabanmorka says:

    awek aku kipas susah mati novel ni.die baca time sekolah rendah kot.edisi first skali…skrg novel tu hampir uzur.dan die memang gyler nak tgk movie ni

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  24. Maria Ozawa says:

    novel ni mmg akan kekal dalam sejarah malaysia sebagai salah sebuah novel yg mencipta sejarah dalam penulisan novel tanah air….best gilesss

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  25. Sha says:

    xsaba nk g tgk cte ni!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  26. cite ni mmg best…tgk barisan pelakon pon dah tau…gudluck

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  27. yanz says:

    best2 suke lisa n farid kamil…jom kte pg tngok flam ne ramai2….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  28. Poi_ela says:

    Aku ingat aku sorang je yg melu*t dengan doktor tu, rupa nya ramai lagi.. riak betul.. Menyesal aku follow dia kat facebook. Dari aku minat nk pakai produk dia terus cari produk lain. kalau baca komen org2 kat situ memang kesian… orang2 yg lama support jual & edar barang dia, dia buang mcm tu jer…

    waaaa…. terus berapi semangat nak pegi pawagam bila tengok trailer, selepas 3 tahun tak masuk pawagam..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  29. yUmiE says:

    xsabar giler nk tgk filem ni lusa..
    cmne nk book ticket eh??sbb xpnh lg book online tuk filem yg 1st day ditayangkan..agk2 smpt x kalau hr khamis tu nt bru terhegeh-hegeh nk book??huhu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  30. AyuCandy says:

    website tu tak wujud kan? huhu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  31. Latifuk hak says:

    Saya sudah menonton filem itu. Bisa bikin saya menangis. Namun ada satu persoalan ku sepanjang menonton filem itu, Kenapa tiada Talipon bimbit digunakan untuk berhubung?Apakah kisah itu berlaku dalam zaman tujuhpuluhan. Saya bisa komen lagi, tapi cukuo sampai di sini dulu!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  32. boleh saya tahu apa tajuk lagu dan penyanyi lagu utama yang di nyanyi oleh lelaki tu..bagi filem LBS ni?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  33. Abadi says:

    Saya da tgk msa mlm Gala Premiere Red Carpet ngan semua artis LBS! Masa tu x brpa feel sangat! Sempat ler jumpa/ambil gambar ngan Lisa & Shikin Kamal! Memang cun ler Lisa nie! Mesra dan x sombong! Semalam lps ofis gi tgk lagi~~nak feel habis ler, hahaha//sampai meleleh air mata dibuatnya! Sedih siot! Lps tu ada 1 couple dok sblah aku dok jerit2 ngan pakwe dier! Lps tu lmbt pick-up plak time Ayu dah kawin ngan Azmi! (Geram gak dkt dorang). Mengganggu konsentrasi aku jer’!
    Lakonan Lisa best dan bertambah matang! Cuma scene dia cpt sgt habis time dia excident & wat plastic surgery! Hanya suara dari tubuh Shikin (Emillia/Ayu).
    Film nie bleh dikatakan yg terbaek ler untk tahun 2010 bagi film cinta. Cinematografic yg cantik dengan melodi indah spnjang masa! (aku dpt OST tuk film nie masa mlm pratonton tu!) hari2 dok psg lagu tu dlm keta!

    Kpd yg blum menonton! Harap jgn lpskan peluang ini! Best sangat!

    Chaiyok!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  34. nazz says:

    emm ku da tgk da citer lbs nie..mmg best giler.!!! tgk laaa..mmg xrugi kalo tgk sbb cite nie btol2 myentuh perasaan spi leh wat mleleh air mata..emm ni pon ku rse nk tgk for d 2nd time..mmg best sgt2..nk lebh mghyti..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  35. pu3karyna says:

    for me jalan ceria menarik pd permulaan..cuma zaman kenakalan agak terhad..lepas ayu versi pembedahan plastik da ambik alih trus jd x de feel n lakonannya masih pd peringkat ALA2..raut wajah yg ditonjolkan tidak seperti apa yg dilafazkan..berbeza dgn lisa..beliau membawa diri saya memasuki ke dlm film tersebut dan merasai tika itu..mungkin disebabkan pengalaman juga..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  36. cobain_7 says:

    salam…sesape tau x tajuk lagu dlm LBS ni sbg soundtrack….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  37. Manie Albair says:

    I wanted to thank you for this great read!! I definitely enjoying every little bit of it I have you bookmarked to check out new stuff you post.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  38. Nice blog , thanks for the post!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  39. Thanks for the blog post. I thought it was interesting.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  40. Diabetes affects 20.8 million children and adults in the United States, and that figure is rising each year. Although it is not known exactly what causes diabetes, genetics and environmental factors such as obesity and lack of exercise seem to play a role.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  41. Very good post you keep me coming for more

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0